Calon ‘boleh menang’ jadi keutamaan PN

Ahmad Yunus dalam majlis pecah tanah bagi mendirikan Kompleks Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor di Bandar Rimbayu, Hulu Langat, Selangor pada 31 Mac 2024.
- Advertisement -

KUALA LANGAT: Keputusan masih belum dibuat mengenai calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu yang dikosongkan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sijangkang, Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi, PN akan meletakkan calon yang mempunyai karakter ‘boleh menang’ ‘winnable candidate’, tanpa mengira parti mana di dalam gabungan itu sekalipun. 

- Advertisement -

“Soal daripada parti PAS, Bersatu ataupun Gerakan, itu soal di peringkat pimpinan. Apa yang penting di peringkat kawasan, kita teruskan dengan memulakan gerak kerja kita sebagai gabungan Perikatan Nasional”

“Ini yang harus kita pertontonkan kepada rakyat supaya pengundi-pengundi ini akan memilih kepada kesatuan yang semakin ampuh di dalam Perikatan Nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pecah tanah bagi pembinaan Kompleks Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Senator Nik Abduh Nik Abdul Aziz, di sini, semalam. 

Menyentuh mengenai isu peralihan undi kepada PN, beliau merasakan undi daripada masyarakat Cina telah mula beralih ke arah gabungan parti itu. 

“Ini kerana mereka pun sedar, walaupun mereka pengundi tegar kepada PKR, MCA atau DAP sekalipun, mereka melihat bagaimana urus tadbir negara kita yang berlaku pada hari ini sangat mengecewakan rakyat, secara keseluruhannya,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/4/2024

- Advertisement -