Isu lokasi pemakaman Tun Hanif: PN tuntut janji

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
- Advertisement -

HULU SELANGOR: Pemuda Perikatan Nasional (PN) menuntut janji dan mempersoalkan mengenai pemakaman bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar yang tidak dimakamkan di Makam Pahlawan Negara.

“Apa jadi kepada janji penghormatan kepada Almarhum Tun Haniff Omar yang tidak diberi keistimewaan untuk dimakamkan di Makam Pahlawan Negara?” soal Timbalan Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.  

- Advertisement -

Menurut beliau, isu tersebut telah menimbulkan persoalan kepada ramai pihak termasuklah mantan-mantan polis yang menjadi rakan seperjuangannya. 

“Beliau adalah antara tokoh negarawan yang berjasa melawan komunis, dan kita tahu Kuala Kubu Bharu adalah merupakan medan pertempuran komunis yang paling dahsyat.

“Ini adalah satu penghinaan bagi kami apabila kerajaan tidak memberikan sebarang jawapan mengapa beliau tidak dikebumikan di Makam Pahlawan,” tegasnya. 

Oleh yang demikian, Wan Ahmad Fayhsal meminta agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau tidak diberikan penghormatan tersebut.

“Jadi, saya minta kerajaan untuk jawab persoalan ini kerana ia menyentuh sensitiviti mantan-mantas polis yang berjuang mempertahankan negara dari ancaman anasir komunis,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/5/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -