‘Siasat segera Menteri beri penduduk KKB sampul surat’

- Advertisement -

HULU SELANGOR: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) digesa untuk menyiasat berkenaan insiden pemberian sampul yang diberikan oleh Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad kepada penduduk Kuala Kubu Bharu.

Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, isu berkenaan telah menimbulkan tanda tanya mengenai sejauh mana penguatkuasaan undang-undang pilihan raya ke atas pihak kerajaan.  

- Advertisement -

“Saya minta SPR siasat apakah ‘gula-gula’ yang ditawarkan oleh menteri-menteri Madani ini setiap kali mereka turun berkempen di Kuala Kubu Bharu,”

“Kalau pembangkang buat silap sedikit, pasti kena tindakan. Tapi kalau pihak kerajaan, dibiarkan begitu saja,” tegasnya. 

Oleh yang demikian, beliau menuntut agar jawapan daripada pihak SPR diberikan mengenai amalan dwi-standard yang berlaku ketika ini. 

“Begitu banyak pelanggaran dibuat seperti pemberian peruntukan RM5.2 juta oleh Nga Kor Ming.

“Tetapi tiada lagi sebarang tindakan dibuat oleh pihak berkuasa terhadap beliau dan juga kerajaan pimpinan Pakatan Harapan,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/5/2024

- Advertisement -