Ramadan: Premis, penganjur jualan dilarang hiburan terlampau

Mansor Zakaria
- Advertisement -

ALOR SETAR: Pihak Jawatankuasa Perumahan, Kesihatan dan Kerajaan Tempatan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana premis mahupun penganjur ekspo yang tidak mematuhi arahan terutama di sepanjang bulan Ramadan ini.

Pengerusinya, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, enganjur ekspo mahupun premis-premis menjual pakaian yang selalunya membuat  jualan murah menjelang perayaan Aidil Fitri dilarang menggunakan elemen hiburan atau muzik melampau untuk melariskan jualan hingga mencemar 10 malam terakhir Ramadan.

- Advertisement -

“Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana premis mahupun penganjur ekspo yang  mengadakan hiburan terlampau. Premis itu akan ditutup serta akan disenarai hitamkan,” jelasnya. 

Kata Mansor, selalunya pada tempoh 10 hari menjelang Aidil Fitri, akan menjadi keghairahan kepada para peniaga membuat tawaran melariskan jualan.

Namun dalam masa yang sama, katanya, kesucian Ramadan perlu dipelihara dan jangan menjadikan bulan yang mulia itu untuk meraih keuntungan semata-mata.

“Hormati bulan Ramadan, kerana ia adalah bulan ibadah. Jadi, ambillah manfaatnya sebaik mungkin,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/3/2024

- Advertisement -