‘PRK KKB buka topeng sebenar pemuda PH’

Nadzir Helmi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Seminggu dua ini, makin kerap Pemuda Pakatan Harapan (PH) ‘bekerja keras’ mempertahankan maruah parti mereka yang semakin merudum.”

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nadzir Helmi berkata demikian susulan kenyataan-kenyataan tidak berasas terkini oleh Ketua Penerangan Pemuda PH yang disifatkan ;semakin aktif’ dan kemudian ‘terjelepok sendiri setelah dua kali kenyataan mengarutnya dibidas dengan fakta’.

- Advertisement -

“Sehingga hari ini mereka masih membisu tentang tindakan parti mereka sendiri yang mencabul reformasi yang dilaungkan, dengan penggunaan jentera kerajaan untuk berkempen secara besar-besaran, serta taburan ‘gula-gula’ politik sepanjang berkempen di Kuala Kubu Bharu (KKB).

“Bukan setakat menegur, malah untuk menjawab dan menjustifikasi tindakan tersebut pun mereka tak berani,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Nadzir turut menyatakan, PRK KKB telah membuka topeng sebenar pemuda PH yang hipokrit.

“Berkokok seolah-olah seperti jaguh kampung, tetapi tidak berani bersuara memperbetulkan, mahupun mempertahan tindakan parti sendiri dalam memastikan tata kelola yang baik selaku kerajaan.

“Tak perlu cabar orang lain, saya cabar pemuda PH untuk menjawab, atau menegur tindakan parti mereka khususnya DAP yang tanpa segan silu menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen secara besar-besaran di Kuala Kubu Bharu. Itupun, jika mereka cukup berani untuk menegur lah,” tegasnya.

Tambah beliau rakyat Kuala Kubu Bharu cukup bijak dalam menilai siapa yang hipokrit, dan siapa yang benar-benar berjuang untuk rakyat.

“Oleh itu, berikan undi anda kepada calon Perikatan Nasional (PN) supaya negeri ini terus selamat dari budaya politik hipokrit sebegini,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/05/2024

- Advertisement -