Seri dengan Malaysia: Jurulatih Korea Selatan salahkan pengadil

Walaupun sudah tersingkir awal, Harimau Malaya bangkit memberikan saingan yang sengit apabila seri 3-3 dalam perlawanan menentang Korea Selatan di Doha, Qatar pada 25 Jan 2024. (FOTO: FAM)
- Advertisement -

DOHA, Qatar: Selepas keputusan seri memalukan 3-3 Korea Selatan ketika menentang Malaysia di Piala Asia 2023 pada Khamis, ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann menuding jari ke arah pengadil perlawanan, Khalid Saleh Al Turais.

Klinsmann berkata, keputusan pengadil dari Arab Saudi itu membawa kepada dua gol oleh Malaysia, satu melalui penalti, dalam pertandingan Kumpulan E.

- Advertisement -

“Saya agak marah dua daripada tiga gol (Malaysia) tidak sepatutnya gol (yang sah),” kata mantan pemain Jerman itu pada sidang akhbar.

Pada minit ke-51 gol penyamaan Malaysia, pemain tengah Korea Selatan, Hwang In-beom telah dipintas oleh Darren Lok, yang kemudian menghantar bola kepada Faisal Halim untuk gol berkenaan. 

Klinsmann mendakwa bahawa Hwang telah dikasari ketika itu dan Korea Selatan sepatutnya mengekalkan penguasaan bola.

Jurgen Klinsmann dalam sidang media di Doha, Qatar pada 25 Jan 2024. (FOTO: Daily Sabah)

Malaysia mendahului menerusi sepakan penalti oleh Arif Aiman pada minit ke-62, selepas pemain pertahanan Seol Young-woo dipanggil atas dakwaan mengasari Arif selepas melakukan sentuhan dengan kakinya di dalam kotak. Semakan video mengesahkan pelanggaran itu, tetapi Klinsmann tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

“Penalti itu (sebenarnya) bukan penalti. Gol kedua mereka (Harimau Malaya) adalah kekasaran terhadap In-beom. Maka, dua keputusan pengadil memberikan mereka dua gol itu,” tegasnya.

Klinsmann juga menegaskan bahawa pemainnya tidak bersalah sepenuhnya.

“Kami sepatutnya melakukan yang lebih baik. Kami sepatutnya memenangi perlawanan itu,” kata Klinsmann, yang pasukannya melepaskan gol penyamaan terakhir kepada Romel Morales. 

“Kami sepatutnya bermain lebih berdisiplin, terutamanya dalam peralihan ke belakang, untuk mengelak gol ketiga,” katanya.

Antara aksi hebat Harimau Malaya ketika menentang Korea Selatan. (FOTO: FAM)

Korea Selatan menduduki tempat kedua dalam Kumpulan E dengan lima mata, satu mata di belakang Bahrain. 

Pasukan itu  menewaskan Bahrain 3-1 pada 15 Jan lalu  dan kemudian seri 2-2 dalam perlawanan  menentang Jordan lima hari kemudian. 

Korea Selatan kini akan berhadapan dengan  pemenang Kumpulan F, sama ada Arab Saudi atau Thailand, dalam pusingan 16 pada hari Selasa.

Sementara, bagi Malaysia yang berada di ranking ke-130, di bawah bimbingan anak kelahiran Korea Selatan Kim Pan-gon, kenyataan yang menyaksikan Harimau Malaya hampir  menewaskan Korea Selaran yang berada ke-23 Korea Selatan adalah perkembangan penting  untuk masa depan.

Perkembangan terbaharu seri 3-3 dengan Korea Selatan menyuntik harapan baharu buat masa depan Harimau Malaya. (FOTO: FAM)

“Kami tidak dapat membayangkan keputusan yang begitu hebat. Melawan (skuad) gergasi sebegitu (Korea Selatan) adalah sumber motivasi yang besar untuk pemain kami, ketika kami bersiap sedia untuk kelayakan Piala Dunia,” katanya

Dengan Malaysia sudah keluar dari saingan kalah mati sebelum Khamis, Kim berkata pada mulanya sukar untuk menyalakan api semagat dalam pasukannya untuk menentang Korea Selatan.

“Kami tidak mempunyai sebarang harapan dalam perlawanan ini, tetapi saya memberitahu pemain untuk cuba memberikan corak perlawanan yang baik menentang pasukan yang mempunyai pemain bertaraf dunia itu.

“Saya masih fikir Korea Selatan adalah pasukan yang kuat. Saya menjangkakan mereka akan memenangi Piala Asia 2023 ini,” katanya.  HARAKAHDAILY  26/1/2024

- Advertisement -