Japan Airlines dibenarkan mendarat sebelum bertembung pesawat 

Pandangan dari udara menunjukkan sisa jet Japan Airlines (JAL) yang terbakar selepas berlanggar dengan pesawat Pengawal Pantai Jepun di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda di Tokyo, Jepun pada 2 Jan 2024. (FOTO: Kyodo melalui Reuters)
- Advertisement -

TOKYO: Japan Airlines (JAL) telah memperoleh kebenaran mendarat daripada kawalan trafik udara, sebelum bertembung dengan pesawat Pengawal Pantai  di Lapangan Terbang Haneda Tokyo.

Ditanya pada taklimat lewat malam Selasa (3 Jan) sama ada penerbangan JAL telah memperoleh kebenaran mendarat daripada kawalan trafik udara, pegawai di syarikat penerbangan utama itu berkata: “Pemahaman kami ialah ia (kebenaran mendarat) telah diberikan.”

- Advertisement -

Namun, JAL dan kementerian darat enggan mengulas secara langsung mengenai pertukaran antara pengawal penerbangan dan kedua-dua pesawat, memetik siasatan yang sedang dijalankan, lapor AFP.

Dalam rakaman dari menara kawalan lapangan Terbang Haneda yang dirakam diambil pada saat-saat sebelum perlanggaran, tersedia di tapak yang menyiarkan isyarat trafik udara secara langsung, suara boleh kedengaran menasihati penerbangan JAL untuk ‘meneruskan pendaratan’.

Dalam tragedi tersebut, lima penumpang dalam pesawat Pengawal Pantai itu maut, tetapi kesemua 379 penumpang dan anak kapal berjaya menyelamatkan diri melalui gelongsor kecemasan beberapa minit sebelum jet JAL terbakar lewat malam Selasa.

Sisa pesawat yang terbakar itu, yang masih di atas landasan pada hari ini Rabu (3 Jan), menjadi saksi betapa ngerinya kejadian itu.

Kapten pesawat Pengawal Pantai Jepun itu yang telah membawa bantuan ke zon gempa bumi di Jepun adalah satu-satunya mangsa yang terselamat tetapi mengalami kecederaan serius.  HARAKAHDAILY  3/1/2024

- Advertisement -