Masa jadi senjata DAP dalam menghadapi Melayu Islam

- Advertisement -

PERKARA yang saya sangat bimbangkan dan sedang berlaku adalah konsistensi DAP dalam membawa idea mereka kepada rakyat Malaysia secara terbuka.

Sifat manusia termasuk Melayu yang ‘cepat cool’ dan menerima perubahan mengakibatkan apa juga perubahan yang dibawa secara provokasi semakin lama semakin kurang ditentang menjadi senjata DAP dalam membawa agenda mereka.

Mudahnya, mereka melontarkan pandangan-pandangan yang ekstrem tetapi bersifat cadangan, bayangan, usul, lalu semua itu mendapat tentangan. Kemudian mereka mengurangkan ketajaman cadangan bayangan dan usul-usul tersebut dengan ayat dan lebih lunak sehingga lama kelamaan, isu itu sentiasa berlegar di kalangan masyarakat. Akhirnya ia menjadi normalisasi.

Senjata ini adalah sejenis ghuzwatul fikri dan ia merupakan serangan yang sangat ampuh bagi menundukkan manusia.

DAP secara konsisten bermula 2018 membawa agenda yang bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Bermula dengan serangan yang gopoh dengan menyentuh isu keistimewaan Melayu, Raja-raja dan institusi umat Islam yang menerima tentangan hebat orang Melayu termasuk Umno, kemudian mereka mengubah pendekatan dengan dengan cara yang lebih lunak sehingga hari ini.

Antaranya:

1. Lantik Pakar Perlembagaan bukan-Islam untuk bantu gubal Undang-undang Islam – Ahli Parlimen DAP.

2. Howard Lee mengulas ayat Al-Quran dengan akal sendiri.

3. Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan daripada DAP, YB Nga Kor Ming meletakkan logo Parti DAP dan Harapan dalam program rasmi kerajaan.
– Menggunakan dana kerajaan untuk kepentingan politik DAP.
– Adakah boleh semua menteri menggunakan duit rakyat dan duit Kerajaan Malaysia untuk kempen politik? Adakah ini yang dinamakan reformasi yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri ke-10 (PMX).
– Menteri DAP letak logo parti ketika memberi sumbangan ke sekolah-sekolah Cina.

4. Kenyataan Nga Kor Ming mengatakan Malaysia bakal jadi Taliban jika dipimpin oleh PAS. 
– Bukankah itu Islamophobia yang mengaitkan Islam dengan keganasan?
– Lim Kit Siang mengatakan gelombang ‘Green Wave’ sangat bahaya.
– Lim Guan Eng turut menyokong kenyataan green wave yang mana dia menyebut jika PAS memerintah, maka semua tokong akan dimusnahkan.

5. Isu PBT (Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan).
– Kok Wai cadang Pilihan Raya PBT dimulakan di Kuala Lumpur. DAP terus menggesa.
– PBT hanya memanjangkan lagi dasar pecah perintah yang ditinggalkan oleh penjajah.
– PBT boleh menimbulkan perbahalahan kaum sebab itu ditolak oleh Tun Mahathir.

6. Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan “Perkara 43 Perlembagaan Malaysia” tidak menghadkan jawatan Perdana Menteri kepada orang Melayu sahaja.
– Beliau impikan akan terjadi suatu hari nanti.

7. Isu Malaysian Malaysia.
– DAP tolak untuk menggugurkan agenda negara sekular dan slogan ‘Malaysian Malaysia’ dalam Perlembagaannya.

Semua isu ini sedang berlegar dalam Malaysia dan sengaja dibiarkan kekal di kalangan masyarakat. Antara kesan yang menunjukkan mereka telah mula mendapat kejayaan adalah pandangan DAP telah mula diterima baik oleh pimpinan Umno dan sebahagian kaum Melayu yang tidak sedar mereka sedang dipergunakan.

Umat Melayu Islam perlu lebih bijak dalam melihat percaturan DAP yang secara konsisten membawa agenda mereka. Jangan mudah tertipu dengan kelunakan pendekatan mereka sedang matlamat mereka tidak pernah berubah.

Orang Melayu mempunyai pelbagai peribahasa yang menunjukkan masa boleh mengubah manusia. Peribahasa seperti sepandai-pandai tupai melompat, pasti akan jatuh juga. Harapkan pegar, pegar makan padi. Alah bisa tegal biasa. Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Sepandai-pandai membungkus, yang busuk berbau juga. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi sehelai kain. Musang berbulu ayam. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian. Harapkan guruh di langit, air tempayan ditumpahkan. Ikan kecil makanan ikan besar. Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan. Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut mengajar kita bahawa sesuatu yang dilakukan secara konsisten pasti akan berbekas.

Belajarlah untuk mengerti yang Melayu sedang diserang dengan serangan pemikiran yang bakal menjadikan Melayu merempat di negara sendiri. Kalaupun ia masih belum berlaku, tetapi agenda mereka telah digerakkan dengan cara tersusun teliti.

Sesal dahulu pendapatan,
Sesal kemudian tidak berguna.

USTAZ AIRE ROSLAN
Ketua Penerangan 
PAS Negeri PAHANG – HARAKAHDAILY 3/1/2024  

- Advertisement -
- Advertisement -