‘Nyatakan sumber pendapatan negara secara terperinci’

Senator Hussin Ismail
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sumber pendapatan yang ada di negara ini seharusnya dinyatakan dengan lebih terperinci dalam mana-mana perbahasan yang berkaitan ekonomi.

Senator Tuan Hussin Ismail berkata, perbahasan mengenai isu tersebut tidak banyak dinyatakan seperti sumber wang masuk ke dalam negara ini. 

- Advertisement -

Menurut beliau, ini termasuklah mengenai sumber pinjaman dan penggunaan aset kerajaan yang merupakan satu perkara yang perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.

“Boleh tak Menteri Ekonomi cerakinkan berapa yang sumber aset kerajaan dan berapa yang sumber pinjaman?” katanya dalam Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Negara, di sini, hari ini.

Tambah beliau, selama ini dihebohkan mengenai hutang negara sebanyak RM1.5 trilion tetapi tidak dinyatakan secara spesifik mengenai sumber hutang tersebut. 

Katanya, ini menimbulkan persoalan sama ada hutang tersebut diperoleh di dalam negeri atau dari luar negeri. 

“Kalau ia pinjaman atau namanya hutang dari mana? Dari dalam negeri atau dari luar negeri?

“Kalau daripada luar negeri maka dari negera mana? Supaya kita dapat sama-sama bertanggungjawab selepas kita meluluskan RUU Perbekalan Kewangan Bajet tahun 2024,” katanya.  HARAKAHDAILY 4/12/2023

- Advertisement -