Ketidakadilan pengurusan sumber tenaga gas di Malaysia

Halimah Ali
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta untuk menjelaskan langkah yang diambil bagi mewujudkan persaingan yang adil dalam pengurusan sumber tenaga gas dalam negara ini.

Dr. Halimah Ali (PN-Kapar) berkata, terdapat beberapa ketidakadilan yang berlaku dalam pengurusan tenaga tersebut yang melibatkan pihak ketiga yang memegang lesen di bawah sistem Akses Pihak Ketiga (TPA).

- Advertisement -

“Jadi soalan saya, apakah langkah Kementerian dengan Suruhanjaya Tenaga dalam memastikan keadilan tersebut di bawah sistem akses pihak ketiga (TPA) mengambil kira peruntukan Akta Bekalan Gas 1993 dan garis panduan persaingan untuk pasaran gas yang sedia ada?” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sesi Soal Jawab Lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dr Halimah juga bertanya, sama ada pihak kerajaan mempunyai perancangan lesen TPA yang hanya boleh dimiliki oleh suatu pihak agar tidak mewujudkan sebarang konflik kepentingan sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai pemegang lesen tersebut.

Sementara itu, Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Malaysia, Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam jawapannya menyatakan bahawa lesen TPA untuk pasaran gas terletak di bawah Kementerian Ekonomi.

“Namun untuk tenaga elektrik kita sudah ada CGPP yang mana prinsipnya sama namun tenaga yang boleh dipakai hanya terhad kepada 30 Mega Watt sahaja tetapi soal kadar tarif akhir itu tidak melibatkan pihak kerajaan,” tambah beliau.

“Tarif kos reflektif (cost reflective tariff) akan dilaksanakan pada tahun 2025 diikuti dengan adanya lesen TPA yang lebih luas dan lebih tulen akan juga dilaksanakan oleh pihak kerajaan,” katanya.  HARAKAHDAILY 28/11/2023

- Advertisement -