KUALA LUMPUR: Shaharizukirnain Abd. Kadir (PN-Setiu) meminta pihak Kementerian Kerja Raya menyatakan bilangan lebuh raya yang mempunyai akses kepada laluan motosikal dan pelan terkini bagi menaik taraf laluan kenderaan itu.
Beliau turut mencadangkan agar pihak kerajaan memberi kebenaran untuk penunggang motosikal menggunakan laluan kecemasan agar mereka dapat dipisahkan dengan kederaan lain.
“Umum mengetahui lorong kecemasan dikhaskan untuk kenderaan pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan selain ruang untuk pengguna lebuhraya berhenti sekiranya kenderaan mereka rosak.
“Adakah kerajaan bercadang untuk membenarkan lorong kecemasan ini digunakan oleh pengguna motosikal untuk keselamatan mereka dan sekaligus dapat memisahkan motorsikal dari kenderaan lain,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad dalam jawapannya berkata, pihaknya sentiasa melihat perkara tersebut.
“Jalan ini memang banyak digunakan oleh penunggang motosikal, dari segi kesalahan memang salah tetapi operasi kepada mereka tidak kerap.
“Tetapi sehingga hari ini, kita masih lagi tiada kajian mengenai penggunaan lorong ini kepada motosikal,” katanya. – HARAKAHDAILY 28/11/2023
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!