Wujudkan IPT di Kuala Krau

Kamal Ashaari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menjelaskan status terkini pengambilan khas perjawatan guru sekali sahaja (one-off  yang bermula pada April lepas.

Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) berkata, pengambilan itu bagi mengisi 19,431 kekosongan jawatan guru yang diumumkan oleh pihak kerajaan pada 31 Januari tahun ini.

- Advertisement -

“Apakah status terkini mereka yang memohon dan sudah berapa banyak ambilan berjaya mengisi kekosongan ini,” katanya ketika sesi perbahasan peringkat ahli jawatankuasa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau juga membangkitkan berkaitan tindakan susulan selepas pelaksanaan penandaan opsyen mata pelajaran melibatkan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

Menurutnya, sehingga kini di parlimen beliau tiada Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Kuala Krau berada di dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Semaran dan Temerloh, jadi pembangunan di Temerloh tertumpu di sekitar parlimen Temerloh.

“Sementara, Maran pula tertumpu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jengka, dua DUN lagi Jenderak dan Kerdau berada di tengah-tenga, tidak tahu di mana, berada di persimpangan.

“Jadi sebab itu, saya mohon sekurang-kurangnya perkara ini dilihat dengan baik, jika tiada IPT pun adakan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bagi menampung keperluan dan membangungkan Kuala Krau sebagai daerah pendidikan,” katanya.  HARAKAHDAILY 27/11/2023

- Advertisement -