Rakyat Kelantan ramai yang kaya

Idris dalam sidang media Muktamar Tahunan PAS ke-69 di IDCC, Shah Alam, Selangor pada hari ini, 22 Okt 2023.
- Advertisement -

SHAH ALAM: Negeri Kelantan mempunyai ramai rakyat yang kaya walaupun digelar miskin oleh kerajaan pusat.

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Idris Ahmad berkata,  penduduk di negeri tersebut mempunyai sifat berdikari dalam membina ekonomi sendiri dalam apa jua keadaan.

- Advertisement -

Tambah beliau, kebanyakan bangunan-bangunan besar yang ada di negeri tersebut dimiliki oleh golongan Melayu bumiputera.

“Oleh sebab itu, kebanyakan rakyat Kelantan begitu marah apabila mendengar tohmahan yang menyatakan kononnya kebanyakan rakyat tersebut dilabel miskin,” katanya.

Beliau menyatakan negeri tersebut masih mempunyai perjalanan ekonomi yang stabil lebih-lebih lagi dengan semangat rakyatnya yang berfikiran usahawan yang tinggi.

Kata beliau lagi, pajak gadai Ar-Rahnu juga laris di negeri tersebut yang mana kebanyakan rakyat negeri tersebut memajak emas mereka untuk di siang hari untuk berniaga yang mana mereka berjaya menebus semula emas tersebut pada hari yang sama. 

“Itu sebabnya kita tidak boleh bezakan Kelantan dengan Selangor kerana ia ibaratkan memandingkan buah epal dengan oren,”  katanya dalam sidang media hari ketiga Muktamar Tahunan PAS Ke-69 yang di IDCC, di sini, hari ini. 

Menurut beliaui, Selangor mempunyai kelebihan yang mana lapangan terbang antarabangsa utama terletak di negeri tersebut dan diikuti dengan Pelabuhan Klang yang juga berada di negeri tersebut. 

“Seharusnya perbandingan yang dilakukan haruslah yang sama yang mana negeri Selangor boleh dibandingkan dengan Singapura atau Johor Bharu. 

“Sebab itu apabila Kelantan ingin membuat pelaburan harus amat teliti kerana kedudukannya yang mana ianya jauh dengan pelabuhan dan diikuti dengan lebuh raya yang jauh lagi serta tidak mempunyai lapangan terbang berstatus antarabangsa.

“Jadi, apabila kerajaan persekutuan ingin menyatakan soal ekonomi perlu melihat secara keseluruhan dan bukannya membuat perbandingan secara sewenang-wenangnya,” ujarnya. 

Beliau turut mengingatkan kerajaan persekutuan bahawa pelbagai hasil yang ada di Kelantan juga banyak dibawa ke Kuala Lumpur. 

“Ini termasuklah cukai jalan untuk kereta-kereta besar, cukai kastam berdekatan Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang yang mana tidak adil untuk kerajaan persekutuan memberi tomahan buruk terhadap negeri tersebut.

“Maka, itu yang menyebabkan ramai orang marah kerana dahulu kerajaan persekutuan pada masa ini menjanjikan lain tetapi lain pula yang dilakukan,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/10/2023

- Advertisement -