Warga Selangor diseru berjuang pertahan tanah Melayu

Muhamad Suffi Kamari
- Advertisement -

PELABUHAN KLANG: Seluruh warga Selangor dirayu agar menyokong perjuangan mempertahankan tanah milik orang Melayu yang menjadi isu jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Ketua Penerangan Pemuda PAS Gombak, Muhamad Suffi Kamari atau dikenali sebagai Bro SK berkata, beliau tidak akan membiarkan rakyat Selangor terus menderita kerana tidak diendah oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari berkenaan isu projek ECRL di kawasan mereka.

- Advertisement -

“Sudah puas kita luahkan. Penduduk Taman Sungai Sireh, Taman Klang Perdana, Taman Selayang Indah adalah contoh klasik sikap pemerintah aparat berkuasa yang buta hati dan gagal jadi manusiawi dalam memerintah.

“Negeri ini (Selangor) kaya raya tetapi rakyat di bawah (marhaen) berduka,” tegasnya dalam suatu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, anak muda kelahiran Selangor ini menggesa agar seluruh warga Malaysia khususnya di Selangor dapat menurut serta beliau dan rakan untuk turun tinjau ke kawasan tersebut bagi merasai sendiri denyut nadi keperihan derita rakyat Selangor. 

“Ayuh bersama Bro SK (beliau) dan sahabat saya, Bro Iqman kita bergerak ke setiap tempat ini bersama. Kita ziarah, mendengar, berhadapan masalah mereka dan mudah-mudahan ada pihak mendengar.

“Kami bukan siapa siapa, sekadar anak muda Selangor yang melihat ‘its a wake up call’ kepada rakyat Selangor melakukan hijrah perubahan terbaik buat negeri ini. Tamatkan segera kedurjanaan ini,”  serunya lagi.

Justeru, beliau juga menyeru agar masyarakat setempat dan netizen dapat membantu menyebarkan pautan platform TikTok Suffi Kamari, https://www.tiktok.com/@suffikamari?_t=8ek0qjAtU1K&_r=1.

Pautan ini akan bersiaran secara langsung selama 12 jam bermula jam 3 petang hingga 3 pagi bagi menyebarkan kebaikan juga, mengakhiri derita yang dialami oleh penduduk Selangor yang sememangnya bantah sekeras-kerasnya projek ECRL di kawasan perumahan mereka. – HARAKAHDAILY 11/8/2023

- Advertisement -