Rozmal, Tok Mat bersaing di DUN Rantau

Rozmal Malakan
- Advertisement -

SEREMBAN: Bekas Pengurus Kualiti di sebuah syarikat Jerman yang beroperasi di Senawang, Rozmal Malakan bakal menandingi Timbalan Presiden Umno, Dato Seri Utama Muhamad Hassan (Tok Mat) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023.

Rozmal yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau diumumkan sebagai calon PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi kerusi tersebut.

- Advertisement -

Pengumuman itu dibuat Pengerusi PN negeri Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu pada majlis Pengiystiharan Calon di Dewan Perdana KRS, Bandar Warisan Puteri, di sini, malam tadi.

Rozmal, 58, merupakan anak jati Rembau yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan korporat.

Beliau juga mantan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan setelah diamanahkan sebagai Pengerusi Pertubuhan Waris Negeri Sembilan. – HARAKAHDAILY 28/7/2023

- Advertisement -