DAP guna 3R hasut rakyat dengan memfitnah

Sebaliknya realiti Kedah bela kebajikan rumah ibadat bukan-Islam

- Advertisement -

LIM Guan Eng berpeluh apabila mula untuk berdalih setelah terlanjur menyentuh 3R secara melampau dengan memfitnah Gelombang Hijau yang merujuk secara tidak langsung kepada PAS bahawa akan meruntuhkan tokong dan kuil sekiranya menang PRN nanti.

Namun dalihan Lim Guan Eng sebaliknya secara tanpa dia sedar memang bertujuan menghasut dan memfitnah orang ramai terutamanya orang bukan-Islam apabila dia telah mengungkit isu meruntuh kuil di tepi jalan di Alor Setar sebaik sahaja Dato’ Seri Sanusi dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.

Dalam isu pihak MBAS meruntuhkan kuil adalah tidak benar dan tidak tepat sebaliknya binaan yang dikatakan kuil itu hanyalah suatu binaan kecil yang dibina secara tanpa kebenaran oleh bekas pekerja KTM di atas tanah yang bukan milik pengurus kuil dan ia terletak betul-betul rapat dengan jalan stesen sehingga menimbulkan gangguan kepada lalu lintas di situ. Ini menyalahi peraturan Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan dan Parit.

Singgah melawat ke page Facebook Lim Guan Eng, rata-rata pembaca akan dapat menyaksikan bagaimana Lim Guan Eng memanipulasikan berita palsu di Kedah dengan mengungkit isu kuil yang sudah tentu menyentuh 3R. Sedangkan realiti di Kedah, Dato’ Seri Sanusi pernah sahaja meluluskan tanah rizab untuk dibina kuil.

Lim Guan Eng dan seluruh pemimpin DAP serta PH benar-benar ketandusan idea untuk memburukkan Kedah, Kelantan dan Terengganu. Ini kerana ketiga-tiga negeri inilah negeri yang benar-benar menjaga dan melindungi keharmonian kaum dan agama dengan sangat cemerlang berbeza dengan layanan di Pulau Pinang.

Sila klik untuk baca:

MBAS roboh kuil

https://www.malaysiakini.com/news/533711

Kedah lulus tapak kuil
https://www.sinarharian.com.my/article/118709/edisi/kedah-lulus-rizab-tanah-tapak-kuil-hindu

ABU FATEH – HARAKAHDAILY 11/7/2023

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100064584887142/posts/pfbid02nKS4tMCcFjitx1xm3CWe3uBHTRcjV59SChSnupk8gpdvouVniaZ5NCZ2ejXeZ9Gol/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -
- Advertisement -