2 bekas PM sertai Munajat Rakyat Kelantan

- Advertisement -

KOTA BHARU: Gelombang rakyat dijangka memuncak pada Munajat Rakyat Kelantan, Ppakat Pertahan Kelantan yang akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV 21 Julai ini.

- Advertisement -

Program itu akan dimeriahkan dengan kehadiran dua bekas Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin utama PERIKATAN NASIONAL (PN).

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, kehadiran negarawan tersebut bagi memberi sokongan kepada PN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

“Pada 21 Julai ini kita akan mengadakan himpunan besar di Stadium Sultan Muhammad IV, jadual asal 15 Julai tetapi berikutan pengumuman terbaru SPR kita tukar kepada tarikh baharu.

“Sama-sama kita penuhkan Stadium Sultan Muhammad IV bermula solat Maghrib kemudian diikuti program Bicara Ummah, solat hajat, Kelantan Berqasidah dan berakhir taujihat pimpinan utama,” katanya di sini.

Program itu juga akan menampilkan Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Sanusi Md Nor, bekas Menteri Besar Perlis Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim.

Selain itu Naib Presiden PAS Dato’ Mohd Amar Abdullah, bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa, Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan ulama pondok. – HARAKAHDAILY 11/7/2023

- Advertisement -