
KOTA BHARU: Kelazimannya setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU) PAS Kelantan akan mengetengahkan kira-kira 30 peratus muka baharu mewakili parti terbabit.
Bagaimanapun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini hampir 50 peratus muka baharu akan ditampilkan sebagai mewakili PERIKATAN NASIONAL (PRN).
Timbalan Peusuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, perkara itu berlaku berikutan ada beberapa bekas wakil rakyat meminta tidak dicalonkan semula.
Katanya, berikutan itu perubahan calon baharu akan meningkat kerana ada penyandang menarik diri bagi memberi laluan kepada calon lebih muda.
“Setakat ini nama-nama calon yang bakal bertanding belum ada keputusan muktamad biar pun sudah diangkat kepada Majlis Syura Ulamak dan PAS Pusat.
“Berdasar pengalaman kita ada berubah sehingga menjelang hari penamaan calon. Ada calon tarik diri saat-saat akhir kerana beberapa masalah, ada yang tidak boleh letak jawatan sebagai pegawai kerajaan dan sebagainya,” ujarnya di sini. – HARAKAHDAILY 11/7/2023




















