K’jaan BN-PH Perak gagal jaga hak Melayu

- Advertisement -

MEDIA lapor 3,214 Hektar Tanah Rizab Melayu (TRM) Perak sekarang telah dimiliki oleh bukan-Melayu seperti mana yang laporkan oleh Laporan Audit Negara 2019 Siri 2 Negeri Perak.

Laporan Audit yang sama juga mendedahkan 3,417 TRM adalah milik perseorangan Cina. Rujuk lampiran 1 dan lampiran 5.

Menteri Besar Perak mendakwa ia masih TRM tapi pemilikan bukan-Melayu. Beliau menyatakan bahawa PTG tidak boleh menyekat penjualan syarikat yang memiliki TRM kepada bukan-Melayu. Sila rujuk video lampiran 2.

Saya semak Enakmen Rizab Melayu 142 (lampiran 3 dan 4), jelas tertulis objektif utama Rizab Melayu adalah seperti berikut:

a. Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan-Melayu.

b. Menyekat tanah Pegangan Melayu atau TRM daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan-Melayu.

Merujuk juga kepada Enakmen Rizab Melayu 142, jelas bagi syarikat yang diklasifikasikan sebagai syarikat Melayu hendaklah: 

a. Kesemua ahlinya hendaklah Melayu atau syarikat Melayu yang ditafsirkan Melayu.

b. Ada peruntukan secara hitam putih di dalam undang-undang tubuhnya bahawa penjualan saham-saham syarikat itu hanya pada individu Melayu atau syarikat Melayu sahaja.

5. Persoalan saya kepada YAB Menteri Besar Perak:

a. Apakah YAB Menteri Besar tidak tahu akan peruntukan ini dalam Enakmen Rizab Melayu 142 yang mensyaratkan syarikat yang memiliki TRM mesti mematuhi syarat Melayu dinyatakan di atas? 

b. Adakah semua syarikat ini ketika diluluskan TRM telah dikenal pasti mematuhi syarat di atas iaitu di dalam undang-undang tubuh syarikat jelas dinyatakan bahawa penjualan saham syarikat hanya dibenarkan kepada individu Melayu atau Syarikat Melayu sahaja atau berlaku kepincangan ketika proses kelulusan ini?

Kesimpulan saya, sama ada berlaku kepincangan ketika kelulusan iaitu syarikat tanpa peruntukan seperti poin no.4 diluluskan TRM (peringkat PTG Negeri Perak), atau berlaku kepincangan pada proses penjualan syarikat (peringkat Suruhanjaya Syarikat Malaysia – SSM) apabila diluluskan penjualan syarikat yang jelas terdapat ketetapan seperti poin no.4 dalam undang-undang tubuh syarikat. 

Jadi YAB Menteri Besar jangan pula hanya jawab tidak ada kuasa, ini bukan level seorang Menteri Besar. 

Sebagai Menteri Besar anda berkuasa penuh, tubuh jawatankuasa siasatan dan siasat hingga lubang cacing serta ambil tindakan terhadap kepincangan berlaku. Baru layak diangkat sebagai ‘Hero Melayu’ jangan sekadar lantang di luar gelanggang tapi menikus bila di tengah gelanggang sendiri.

Bertindaklah untuk rampas kembali TRM ini dan kembalikan pemilikan kepada Rizab Melayu.  

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 12/5/2023

Sumber Asal:  https://www.facebook.com/650875906/posts/pfbid0EvsGCHVgbioA1xLQx83Vr5cyA3GDgBBvjV1R5pxWi7E6zazwfu8KcV9Vt4gkDWjZl/?mibextid=CDWPTG

Rujukan:

1. Laporan berita Merdeka Times

- Advertisement -

2. Video Sidang Media YAB Menteri Besar Perak

3. Enakmen Rizab Melayu 142 – Portal Pejabat Tanah dan Galian Perak https://ptg.perak.gov.my/portal/documents/85815/0/Enakmen+Rizab+Melayu.pdf/8d680e5d-a8eb-b4e0-7639-113c72eb3c5a?t=1566461147500 

4. Intisari Enakmen Rizab Melayu 142 
https://pintu.instun.gov.my/pdf/tanah/6_-_AKTA_LAIN/9-ENAKMEN_REZAB_MELAYU/3-NOTA/INTISARI_ENAKMEN_RIZAB_MELAYU.pdf

5. Laporan Audit Negara 2019 Siri2 Negeri Perak
https://www.parlimen.gov.my/ipms/eps/2021-09-28/CMD.24.2021%20-%20CMD%2024.2021.pdf

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

- Advertisement -