Kisah bagi laluan jalan…

- Advertisement -

ADA tanah yang asalnya orang tua dulu bagi laluan untuk dibina jalan. Kerajaan pun binalah jalan walaupun itu bukan rizab jalan. Sekarang jalan sudah jadi jalan tar laluan harian orang kampung. Bila dah jadi tanah pusaka dan dapat kepada waris, jalan tersebut dipagar dan tak dibenarkan lagi orang ramai lalu. Maka kita perlu cari peruntukan ratusan ribu untuk bina jalan baru.

Ada kes, kepala sebuah jambatan letaknya di hujung tanah seorang hamba Allah. Bila dia nak pagar tanah menyebabkan ruang untuk kenderaan ambil selekoh sebelum menaiki jambatan menjadi terlalu sempit. Kita bincang supaya tuan tanah bermurah hati untuk buat pagar ke dalam sikit dengan tinggal bucu tanah dalam sedepa sahaja supaya mudah orang nak lalu. Tapi dukacita, dijawabnya ini tanah ambo

Ada kes bila kita nak bina longkang untuk alirkan air bertakung dari kawasan rumah penduduk di bawah projek kecil pembangunan. Memang untuk projek kecil kita tak ada peruntukan pengambilan tanah. Lalu kita minta izin untuk longkang di bina atas ‘ttaro’ atau sempadan tanah milik. Tuan tanah pun boleh sama-sama manfaatkan kewujudan longkang tersebut. Keputusannya, tuan tanah tak benar!

Ada pula kes, sebelum kita minta lagi, tuan tanah yang mari offer kalau nak buat jalan ambillah tanah dia. Tak payah bayar apa-apa.

Saya tak boleh kata apa. Hak orang adalah hak orang. Tuan dia tak benar walau siapa pun kita, itu adalah hak dia. Kita perlu cari alternatif lain.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi Dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu – HARAKAHDAILY 12/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -