Takut sungguh DAP dengan Presiden PAS

- Advertisement -

HARI ini, Lim Guan Eng kata Presiden PAS ancaman kepada kestabilan kerajaan madani. Dia ajak rakyat ramai-ramai buat laporan polis terhadap Presiden PAS.

Mengapa DAP takut dan gelabah sangat ini? Hebat sungguh aura Tok Guru, hanya dengan tulisan artikel sudah menggetarkan hati PH.

Bukan ke kerajaan kononnya ‘perpaduan’ itu dibentuk dengan sokongan 2/3 majoriti iaitu 148 kerusi Dewan Rakyat? Sekarang sudah tidak cukup jumlah ke sampai menggelabah cacing kepanasan begitu?

Adakah DAP menyangka rakyat Malaysia khususnya orang Melayu-Islam sudah lupa dengan episod duka 22 bulan PH mentadbir dulu?

Ingat kami dah lupa berapa banyak kenyataan pemimpin DAP yang mempertikaikan kedudukan hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan?

DAP sibuk menyerang PAS tetapi berdiam diri sunyi sepi dalam menyatakan pendirian DAP berkenaan pembebasan Najib melalui Pengampunan Diraja.

Sudah bersih dan sesuci embun pagi ya semua apabila sudah berkahwin paksa antara BN-Umno dengan PH?

Tidak kedengaran lagi laungan tangkap penyamun, perompak dan pensakau.

Sesungguhnya, lagu Keramat Hoi Ya Hoi tangkap perasuah juga sudah tinggal kenangan dalam lipatan sejarah.

SYED AHMAD FADHLI – HARAKAHDAILY 11/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -