Negeri PH-BN tiada masalah air?

- Advertisement -

SUDAH tidak ada isu hendak lawan YB Sanusi, modal yang ada hanya modal air. Macam PAS perintah Kedah 50 tahun dah. Tiba-tiba bagi tahu kalau PH-DAP menang Kedah masalah air selesai. 

Ha ha, ini bukan zaman TV hitam putih, sekarang zaman rakyat cerdik dan bermaklumat. Boleh bacalah maklumat penambahbaikan paip air yang sedang dijalankan di Kedah. 

Orang Kedah tahu apa yang YAB Sanusi buat.

Kenapa masalah air hanya diuar-uarkan di negeri bukan PH DAP dan BN perintah? Seolah-olah negeri PN sahaja ada masalah air, negeri BN, PH DAP suci dalam debu. 

Masalah air tidak perlu dipolitikkan, ini masalah sejagat. Negeri PH pun ada masalah air. 

Bukan sahaja setakat masalah air biasa, malahan air sungai tercemar dengan najis babi, kenapa tidak bising. 

Nah tengok berita yang disiarkan oleh media perdana.

YB DATUK USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS – HARAKAHDAILY 2/5/2023

- Advertisement -
- Advertisement -