Projek Putera Mahkota Saudi fokus Masjid Al-Jubail

Masjid Al-Jubail di Makkah, Arab Saudi yang berusia tiga abad ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. (FOTO: SPA)
- Advertisement -

RIYADH: Masjid Al-Jubail, yang berusia tiga abad dan terletak di tengah-tengah Thaqif di Muhafazat Taif di Makkah akan menjadi tumpuan Projek Putera Mohammed bin Salman untuk Pembangunan Masjid Bersejarah.

Inisiatif di bawah naungan Putera Mahkota Saudi itu bertujuan untuk menghidupkan semula seni bina unik Al-Jubail dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan memelihara masjid bersejarah, lapor Saudi Press Agency (SPA).

- Advertisement -

Keluasan tapak masjid tersebut akan mencapai 310 meter persegi selepas pengubahsuaian, yang akan mengekalkan kapasitinya hanya untuk 45 jemaah.

Pembinaan semula masjid itu akan menggunakan kaedah yang mengekalkan komponen utamanya, batu-batan dari Pergunungan Sarawat, selain kayu tempatan yang akan digunakan bagi membina struktur siling, tiang, tingkap, dan pintu.

Susulan pengubahsuaiannya, masjid ini akan mengekalkan bukaan sempitnya, yang terkenal dengan gaya seni binanya yang unik itu.

Pada asalnya dibina dengan kayu juniper, yang terkenal dengan ketahanannya, Masjid Al-Jubail akan dibina semula menggunakan batu granit dan bukannya simen untuk menghidupkan semula gaya seni bina lama Sarat.

Fasa kedua projek Putera Mohammed bin Salman memberi tumpuan kepada 30 masjid di 13 wilayah Arab Saudi.

Projek pengubahsuaian mencapai keseimbangan antara menyepadukan piawaian bangunan moden dan kuno untuk mencapai kemampanan dan pembangunan, sambil mengekalkan ciri-ciri sejarah masjid.

Syarikat Saudi yang pakar dalam pembinaan semula  struktur bangunan lama, bersama-sama dengan jurutera-jurutera negara itu, terlibat dalam membantu mengekalkan identiti seni bina tulen setiap masjid.

Fasa pertama projek itu yang melibatkan pemulihan 30 masjid di 10 wilayah Saudimempunyai empat objektif strategik iaitu memulihkan bangunan untuk ibadat dan solat; memberikan keaslian bandar kepada masjid bersejarah; menonjolkan dimensi budaya Arab Saudi; dan meningkatkan status agama dan budaya lokasi.

Ia juga menyumbang untuk menonjolkan perician budaya Saudi dengan membantu mengekalkan ciri-ciri bandar negara itu. – HARAKAHDAILY 30/3/2023

- Advertisement -