Antara berita palsu padang golf dan 11 September

- Advertisement -

DI SEBALIK berita palsu Tan Sri Muhyiddin Yassin ditahan di padang golf petang kelmarin, rupanya ada komplot terancang. Cuma tak dirancang begitu rapi menyebabkan miss communication. 

Rancangannya untuk menahan beliau semasa sedang bermain golf. Cuma beliau tidak hadir bermain kerana memberi komitmen kepada sidang Parlimen. Jadi penahanannya gagal.

Tapi perkara tersebut tak sampai kepada cytro yang dah bersedia untuk hebahkan berita penahanannya. Tiba waktu yang dirancang, dia terus blast berita tersebut tanpa mengetahui ianya tidak berlaku.

Melihat situasi ini, ia lebih kurang berita palsu yang pernah Daily Mirror UK hebahkan terhadap Tuan Guru Hadi Awang suatu masa dahulu. Modus operandi sama.

Tuan Guru menerima surat kononnya dari Osama bin Laden untuk hadir ke satu pertemuan sebelum peristiwa 11 September 2001. Namun Tuan Guru tidak hadir kerana tidak memiliki apa-apa hubungan dengan Osama. Tapi ramai juga pemimpin gerakan Islam lain hadir.

Sejurus peristiwa 11 September yang dikaitkan dengan Osama, Daily Mirror terus menyebarkan berita pertemuan tersebut. Seolah skripnya sudah lama didraf, nama Tuan Guru dilaporkan turut hadir.

Ringkas cerita, setelah pihak Tuan Guru saman Daily Mirror, akhirnya mereka meminta maaf dan menarik balik laporan. PAS tak ada kena-mengena dengan Osama mahupun 11 September.

Sama kan? Mungkin 2 situasi ini didalangi geng sama, atau dalam satu perguruan. Nampak modus operandi pun kitar semula sahaja.

ALANG IBN SHUKRIMUN
16 Syaaban 1444
9 Mac 2023 – HARAKAHDAILY 9/3/2023

- Advertisement -
- Advertisement -