Hanya PAS parti berasaskan Islam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Arau, Dato’ Sri Shahidan Kassim, menegaskan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah satu-satunya parti yang berasaskan Islam di negara ini.

“Di Malaysia, kita ada parti yang berasaskan kaum contohnya Umno, tetapi apabila bergabung bersama DAP mereka menjadi lebih DAP dari DAP, tetapi ada dua tiga orang bagus seperti di Negeri Sembilan.

- Advertisement -

“Hanya satu parti yang berasaskan kepada agama Islam, iaitu PAS, sekarang bersama dengan PERIKATAN NASIONAL (PN),” katanya semasa perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Shahidan turut menerangkan bahawa orang yang fanatik agama Islam bermaksud orang tersebut bagus sebab mereka tidak mengganggu orang lain.

“Saya mahu beri contoh seperti di Kelantan, negeri yang diperintah oleh PAS, patung Buddha yang tidur terpanjang dan patung duduk juga di sana. Ada pernah mereka membuat gangguan terhadap agama lain,” katanya.

Beliau berkata, semakin tinggi pegangan agama Islam seseorang, maka akan semakin tinggi sikap tolerasi mereka.

“Yang menjadi masalah ialah pemikiran liberal kerana ia bukan sebahagian dari pemikiran Islam. Parti yang berasaskan kaum juga tiada masalah, tetapi parti perkauman perlu diubah,” katanya. HARAKAHDAILY 1/3/2023

- Advertisement -