Anwar lupa percakapan sendiri, sudah nyanyuk?

- Advertisement -

AKU tertanya-tanya, umur Anwar ini sudah berapa angkanya?

- Advertisement -

Melihat kepada kenyataan demi kenyataan sepanjang menjadi Perdana Menteri ini, menyebabkan aku tersangka-sangka, apakah Anwar itu sudah nyanyuk?

Hari ini heboh Anwar mengungkapkan, pengisytiharan harta itu suatu sandiwara. 

Sebelum PRU punyalah berapi-api Anwar balun Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (TGHH), apabila TGHH kata pengisytiharan harta itu kadang-kadang satu pembodohan. 

Menariknya Azmin Ali pun kata sebelum ini, isytihar harta itu sandiwara. Sebijik apa yang telah diperkatakan oleh Anwar. Ehemmm.

Jadi, kita tertanya-tanya apakah Anwar itu sudah nyanyuk?

Sebagaimana dia katakan dia tak akan pegang jawatan Menteri Kewangan. Tapi dia juga yang isytihar Anwarlah Menteri Kewangan. 

Apakah pelantikan itu dibuat dalam keadaan nyanyuk? 

Itu kita tak kira lagi patah-patah katanya ketika kempen PRU lalu terhadap Umno dan Zahid. 

Penyokong PH-BN boleh memilih untuk katakan Anwar menipu, ataupun Anwar nyanyuk. 

Bagi menjaga hati penyokong PH dan penyokong Zahid, maka aku cenderung mencadangkan pilihan Anwar itu nyanyuk, mudah lupa dengan percakapannya sendiri. 

Agar penyokong PH-BN berjaya menahan diri untuk mengatakan Anwar Ibrahim sebagai seorang penipu. 

Satu lagi persoalan, yang buh syarat calon PKR kena isytihar harta sebelum ini adalah Rafizi. 

Jadi, apakah Anwar sebenarnya mahu menempelak Rafizi sebagai bersandiwara? 

Persoalan akhir ini akan tertolak, sekiranya penyokong PH-BN menerima bahawa Anwar itu nyanyuk. Mudah terlupa. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 18/1/2023

- Advertisement -