Wajarkah iktiraf UEC, apa implikasi kepada negara?

- Advertisement -

RAKYAT yang cintakan kedamaian dan kerukunan antara kaum wajib merasa bimbang dengan usaha pemerkasaan sekolah vernakular, bahkan lebih jauh lagi kemungkinan kerajaan pimpinan Anwar yang hanya didokong oleh 11 peratus orang Melayu mengiktiraf sijil UEC. Tak menjadi rahsia umum lagi kelincahan Timbalan Menteri Pendidikan untuk menjayakan aspirasi DAP yang menjadi parti paling dominan dalam Pakatan Harapan, lihat sahaja majlis-majlis pecah tanah pembesaran premis SJKC yang galak diadakan.

- Advertisement -

“Asap palsu” dipasangkan mengepul ke udara, menjulang ke langit dengan tembakan isu sekolah- sekolah agama swasta (PASTI, SRITI, tahfiz) bahkan terkini isu kerajaan Taliban dan pendemokrasian ilmu kepada kaum wanita. Dalam masa yang sama usaha digerakkan secara halus untuk memperkasa sekolah vernakular. Ironinya Anwar tak akan mampu mengekang kemaraan tuntutan DAP dan kelompok etnosentrisme ini.

UEC ialah sijil yang dikeluarkan oleh sekolah cina swasta, sekolah yang mekar di zaman penjajahan British untuk mengekalkan jati diri etnik Cina walaupun jauh terpisah daripada Tanah Besar China. Masyarakat pelombong Cina pada abad ke-19 bagi melindungi identiti bangsa telah berusaha membangunkan pendidikan Cina. Bagi memastikan berlakunya mobiliti sosial berlaku sijil persekolahan disediakan bahkan lepasan sekolah-sekolah cina dapat melanjutkan pendidikan tinggi ke Taiwan dan China. Dong Zhong adalah penggerak utama pelbagai tuntutan masyarakat Cina, perjuangan memperkasa sekolah vernakar Cina telah berdekad diusahakan.

Mereka menjadi daulah terpendam (deep state) yang menggerakkan arahan pada kaum Tionghua termasuk etnik ini yang berada di bandar dan pekan kecil Pantai Timur sekali pun. Masalah komunal yang menjadi isu teras tanah air ini semenjak pasca penjajahan Jepun, kesenjangan antara kaum akan makin melebar dan parah. Umno BN sudah tak mampu menjaga aspirasi ummat Melayu kerana persundalan mereka dengan DAP dalam gabungan kerajaan PH-BN. Lihat sahaja gangguan kepada kuliah-kuliah agama, nanti pelbagai masalah kurap kudis negara akan mewabak dengan pantas.

Mengapa kita tidak boleh mengiktiraf sijil ini di negara kita dan apakah kerugian mengiktiraf UEC terhadap sistem pendidikan negara ini? Walaupun taraf UEC lebih tinggi penarafannya berbanding STPM, tetapi kita akan hilang identiti sebuah negara bangsa bahkan meremahkan sistem penarafan pendidikan yang sedia ada.

Sekolah swasta cina menggunakan silibus dari China, menggunakan sejarah negara China, menggunakan mandarin sebagai bahasa rasmi mereka dengan matlamat pengukuhan jati diri bangsa malah melahirkan sikap etnosentrism. Pemencilan satu kaum berbanding kaum peribumi akan mewujudkan kesenjangan sosial dan kegelisahan sosial yang parah.

Dengan latar belakang ini, adakah mereka ini akan mempunyai rasa kasih dan sayang yang sejati kepada Malaysia, bahkan mampu merapat jurang intergrasi antara kaum? Mengapa perlu mengiktiraf persijilan mereka sekiranya ia merupakan pilihan mereka untuk bersekolah swasta cina seterusnya membina tembok kaca antara kaum. Kita telah merdeka lebih 60 tahun, namun hubungan antara kaum tetap suram dan hambar.

Mengiktiraf UEC bermakna kita telah melakukan dua kesilapan besar.

Pertamanya, memandang rendah pada sistem sedia ada dan penarafan persijilan serta melonggarkan ikatan negara bangsa yang telah dibina sejak lama dan akan membawa kepada ketiadaan jati diri serta mendobrak kesetiaan kepada negara.

Riduan Mohamad Nor

Pengiktirafan UEC ini, bermakna satu lagi benteng negara dan kontrak sosial akan dirombak sedikit demi sedikit. Kerajaan PH-BN akanmengheret kepada ketidakharmonian antara kaum dan agama, mereka memicu kepada kebencian antara kaum melalui asas kontrak sosial. Pendidikan ialah alat perpaduan negara, meleraikan aspirasi ini bermakna negara ini dalam masa depan yang suram dan kelam.

DR RIDUAN MOHAMAD NOR
AJK PAS Pusat
Pengerusi LESTARI – HARAKAHDAILY 26/12/2022

- Advertisement -