Resolusi Majlis Muzakarah Ulamak Kedah

- Advertisement -

MAKA kami yang terdiri dari kalangan Ulamak yang bermuzakarah pada hari ini (17 November 2022) terpanggil untuk menyatakan pandangan mengenai kewajipan para pengundi melibatkan diri dalam proses pilihan raya bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian terhadap agama, bangsa dan negara. 

- Advertisement -

Dalam masa yang sama, kami menyeru seluruh pengundi yang layak membuang undi agar memahami perkara tersebut: 

1. Wajib ke atas umat Islam mengundi kerana menjaga agama, bangsa dan Negara.

2. Adalah berdosa bagi setiap umat Islam yang tidak memilih pemimpin yang adil dan membiarkan kemungkaran bermaharajalela. 

3. Generasi muda perlu diberi kefahaman mengenai kewajipan menyertai pilihan raya dan membuang undi demi menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

4. Generasi kini juga perlu memahami bahawa politik adalah sebahagian daripada Islam dan membersihkan fahaman politik adalah suatu yang kotor.

5. Sudah tiba masanya golongan ulamak cakna terhadap politik dengan bersuara dan melibatkan diri dalam organisasi politik tanah air yang membentuk gabungan ulamak dan umarak.

6. Muzakarah Ulamak pada hari ini sebulat suara bersetuju bahawa gabungan parti politik yang mesti dipilih oleh pengundi pada PRU ke-15 ini adalah PERIKATAN NASIONAL bagi menjamin keutuhan agama, bangsa dan negara serta kesejahteraan dan keharmonian kaum dapat terpelihara.

Pondok Sungai Mati

Langgar, Kedah

Antara hadir:

1. Tuan Guru Haji Ahmad Ali Arau.

2. Syeikh Wan Izuddin Pondok Gajah Mati.

3. Syeikh Muhd Zainul Asri Pondok Darsa.

4. Syeikh Aminuddin Abdul Rahim – Ahli JK Fatwa.

5. Syeikh Dr Akli Ahmad – Ahli JK Fatwa.

6. Tuan Guru Haji Ismail Pondok Lepai.

7. Tuan Guru Haji Johari Morad Pondok Sungai Mati.

8. Tuan Guru Baba Mohd Nasir Pondok Permatang Kaka.

9. Syeikh Mohd Rodhi Abdul Rahman – Ketua Ulamak PAS Kedah.

10. Tuan Guru Haji Abdul Raof Pondok Padang Durian.

11. Tuan Guru Haji Ismail Mahmud Pondok Charok Tala.

12. Tuan Guru Hafizan Yahya Pondok Junjong.

13. Ustaz Abdul Jamil Pondok Sungai Tas.

14. Imam Muda Ustaz Azhar Teratak Haji Majid.

15. Ustaz Abdul Qayyum Madrasah Wadi al-Mustafa 

16. Ustaz Farhan Maahad Tahfiz Parit Panjang.

17. Dan ramai lagi.

Tetamu istimewa ialah Ketua Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dato’ Ahmad Yahaya. – HARAKAHDAILY 18/11/2022

- Advertisement -