Calon muda bukti PN prihatin rakyat

- Advertisement -

PARIT BUNTAR: Calon PERIKATAN NASIONAL DUN Titi Serong, Ustaz Muhammad Hakimi Hamzi Hayat berkata, PN menampilkan ramai calon muda menunjukkan bahawa parti itu prihatin dengan keperluan anak muda.

- Advertisement -

Menurut beliau, calon PERIKATAN NASIONAL adalah yang terbaik kerana ada dalam kalangan anak muda, veteran, wanita dan yang berpengalaman.

Katanya gabungan calon muda dan bepengalaman itu perlu ada bagi membina negara ke arah yang lebih bersih dan stabil.

“Saya percaya pilihan raya umum kali ini PERIKATAN NASIOANAL akan memperolehi kemenangan, ” katanya ketika berucap di karnival Jom Sihat di pekarangan Stesen Teksi Parit Buntar, petang tadi.

Beliau berharap warga Parlimen Parit Buntar bersedia untuk memberi undi kepada calon-calon PERIKATAN NASIONAL bagi membolehkan parti itu membuat perubahan demi kemajuan masyarakat di kawasan tersebut.

Pada PRU15 ini, beliau berdepan dengan Shahrul Nizam Razali (BN) dan Muhamad Nakhaie Abd Wahab (PH). – HARAKAHDAILY 13/11/2022

- Advertisement -