Ustaz Azhar jumpa anak muda Sentul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Calon PERIKATAN NASIONAL Parlimen Batu, Ustaz Azhar Yahya, meneruskan gerak kerja kempen dengan menemui pengundi termasuk yang tinggal di pangsapuri.

- Advertisement -

Semalam, beliau turut menyampaikan Kuliah Dhuha Khas bersama warga Pondok Moden Permata Iman di Flat Sri Perak.

Katanya, kuliah tersebut diadakan dengan kerjasama Pengerusi Pondok, Hajah Che Zan yang menerima kehadiran rombongan kempen PERIKATAN NASIONAL Parlimen Batu.

“Pada sebelah petang, kami menyantuni pengusaha dan pelanggan bengkel motosikal di sekitar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

“Kawasan tersebut terkenal dalam kalangan pencinta motosikal kerana berderet bengkel motosikal sepanjang jalan tersebut,” katanya pada catatan laman sosialnya.

Menurutnya, kehadiran ramai anak muda menghidupkan suasana di sekitar Sentul.

Ustaz Azhar Yahya menemui pengundi di sebuah restoran di Sentul

Sementara itu, petang semalam, Azhar mengimamkan solat sunat gerhana bulan di Surau An-Nur, Bandar Baru Sentul. Beliau turut menyampaikan khutbah gerhana bulan.

Rakyat Malaysia petang semalam berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh.

Bagaimanapun berikutan hujan di beberapa kawasan, fenomena itu hanya mula kelihatan ketika fasa gerhana maksimum sehingga fasa gerhana penumbra yang dikatakan berakhir pada jam 21:56:08.

Azhar berkata, fasa awal gerhana bulan berlaku bermula pada 5.19 petang dan pada jam 6.59 petang bermula fasa kemuncak gerhana bulan.

Kejadian itu berlaku ketika bulan sedang terbit di ufuk timur pada waktu Maghrib dan tamat selepas waktu Isyak. – HARAKAHDAILY- 09/11/2022

- Advertisement -