Suara lulusan hafiz sering kedengaran di Dewan Rakyat

- Advertisement -

PASIR MAS: Setiap kali persidangan Dewan Rakyat sebelum ini kita sering mendengar suara anak muda yang lantang mengetengahkan pelbagai isu rakyat termasuk masalah banjir.

- Advertisement -

Siapa tidak kenal kelibat Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, seorang lulusan hafiz yang kini menerajui Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sepanjang khidmatnya sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas pada penggal ke-14 pelbagai usaha dilakukan bagi membela nasib rakyat.

Deretan kejayaan itu boleh dilihat pada Kad Laporan Bersiri bermula dengan 230 suara rakyat dan isu dilontarkan di Dewan Rakyat.

Antaranya Projek Pembinaan Benteng Tebatan Sungai Kelantan di Kampung Pohon Chelagi bernilai RM65 juta, ia dijangka siap Disember ini.

Selain itu Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) bernilai RM2.156 bilion melibatkan jajahan Pasir Mas, Rantau Panjang, Tumpat, Tanah dan Jeli Fasa 1 yang dijangka siap 2024.

Ahmad Fadhli menamatkan hafalan al Quran ketika belajar di Maahad Tahfiz al Quran Pulai Chondong, bersuara lantang itu bukan calang-calang pemimpin, sekarang menyiapkan tesis Ijazah Doktor Falsafah bidang Pengurusan Perniagaan.

Ahmad Fadhli (dua dari kiri) beramah mesra dengan penduduk Pasir Mas

Ketika ditemui beliau berkata, sehingga sekarang beliau melaksanakan 195 projek menurap dan menaik taraf jalan kampung di seluruh kawasan Parlimen Pasir Mas sejak tahun 2020 hingga 2022.

“Saya turut menyumbang RM1.7 juta secara tunai dan menerusi projek pembangunan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan instituti pendidikan di seluruh Parlimen Pasir Mas.

“Manakala RM1.3 juta pula disumbang bagi projek pembangunan masjid dan madrasah seluruh Parlimen Pasir Mas,” katanya.

Di samping itu beliau memperuntukkan RM1.24 juta sebagai sumbangan tunai dan bantuan peralatan perniagaan kepada usahawan kecil dan sederhana di Pasir Mas. – HARAKAHDAILY 9/11/2022

- Advertisement -