Rafiei tawar bina kompleks pelancongan inklusif di PD

- Advertisement -

PORT DICKSON: Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) P. 132 Port Dickson, Cikgu Rafiei Mustapha menawarkan untuk menyediakan sebuah kompkeks pelancongan yang inklusif di Port Dickson sebagai manifesto utama di sini.

- Advertisement -

Cikgu Rafiei telah berpeluang mengadakan ceramah pendek berkaitan tawaran-tawaran utama yang bakal PN laksanakan kepada pengunjung pasar tani di sini andai beliau terpilih dalam PRU ke 15 nanti.

Pagi ini bertempat di Pasar Tani Batu 4, Port Dickson, Cikgu Rafiei berkesempatan memperkenalkan diri sebagai calon nombor 1, dalam pilihan raya disamping menyeru pengundi-pengundi memilih calon yang bersih dan stabil.

Memandangkan Port Dickson yang merupakan bandar pelancongan yang terkenal, beliau berazam untuk membangunkan bidang pelancongan, iaitu dengan membina sebuah kompleks pelancongan di sekitar pantai Teluk Kemang sebagai kompleks “Ikonik PD”.

“Saya ingin menjadikan kompkeks itu tempat untuk menjana ekonomi dengan membuka ruang-ruang perniagaa, menjalankan pelbagai aktiviti sosial seperti kegiatan kebudayaan, tempat rekreasi kanak-kanak dan tak lupa juga dilenkapkan tempat beribadah,” katanya.

Tambah beliau, Port Dickson bakal menjadi satu-satu parlimen yang menyediakan sebuah institusi pendidikan vokasional, iaitu T-Vet yang melatih pelajar-pelajar dalam bidang pelancongan yang lebih profesional dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.

Sementara itu, wakil Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan, Ustaz Nazri Yusof, turut memberikan taujihad mengenai pemilihan calon yang berintegriti bersih dan stabil, iaitu pemumpin yang tiada kaitan dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Selain itu, pengacara majlis, Badzli Bakar mengingatkan pengundi PD agar memilih calon PN yang bakal melantik Tan Sri Dato’ Muhyiddin Muhammad Yassin, sekiranya memenangi pilihan raya nanti.

- Advertisement -