Kerajaan PERIKATAN NASIONAL mampu urus negara ketika wabak

- Advertisement -

KUALA PERLIS: Pentadbiran PERIKATAN NASIONAL (PN) biar pun hanya berusia 17 bulan, namun Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya mengharungi cabaran ketika wabak Covid-19 sedang memuncak ketika itu.

- Advertisement -

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, Muhyiddin berjaya mentadbir negara dengan cemerlang sunggguh pun berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Katanya ketika itu kerajaan PERIKATAN NASIONAL memperkenalkan pelbagai pakej bagi membantu rakyat termasuk Prihatin, Penjana, Permai dan pelbagai lagi.

“Dalam suasana menghadapi Covid-19 berlaku termasuk gangguan daripada kawan-kawan dalam kerajaan, tetapi Tan Sri masih mampu mentadbir negara dengan cukup cemerlang.

“Kita amat berhasrat kali ini beliau sekali lagi akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri untuk memastikan kebajikan rakyat lebih terbela dan ekonomi negara dapat dipulihkan,” katanya pada ceramah Jelajah PN Best di Taman Bukit Kubu di sini, malam tadi.

Mohd Shukri yang juga calon PN DUN Sanglang berkata, rakyat Perlis perlu membuat perubahan bagi melahirkan sebuah pentadbiran negeri yang lebih telus dan mampu membela nasib rakyat.

“Pastikan Perlis akan berubah pimpinan yang ada sekarang digantikan dengan calon-calon yang lebih berwibawa bagi memacu Perlis dengan lebih cemerlang insyaAllah.

“Kehadiran pemimpin baharu bagi menggantikan pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana terpalit dengan kes rasuah dan isu,” katanya.

Menurutnya juga kehadiran bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim bersama PERIKATAN NASIONAL diharap dapat membawa Perlis ke arah Perlis baharu.

InsyaAllah dalam tempoh kempen berbaki sekarang kita perlu bekerja bersungguh-sungguh dengan mengerahkan semua jentera bertemu dengan seluruh pengundi,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/11/2022

- Advertisement -