PN BEST tawar keperluan semasa negara, rakyat

- Advertisement -

PEMUDA Perikatan Nasional (PN) Selangor menyambut baik dan menyokong penuh Tawaran PN BEST yang telah dikemukakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) pada Ahad, 6 November 2022 di Hotel Glenmarie & Golf Resort, Shah Alam.

- Advertisement -

Tawaran PN BEST ini secara asas dan teguhnya telah menjelaskan pendirian PN jika berjaya membentuk kerajaan untuk terus komited dengan agenda mempertahankan keluhuran Perlembagaan, menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan dan melindungi hak semua kaum. Secara jelas, kekecohan negara sebelum ini selama 22 bulan di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila asas ini diganggu gugat dan cuba diusik dan dirobek.

Pemuda PN Selangor yakin dengan tawaran PN BEST yang mana tawaran ini hasil dari kajian, penelitian, analisis dan perangkaan dari pakar-pakar seluruh bidang dan peringkat dalam PN pastinya ia bersifat komprehensif, realistik dan memenuhi keperluan semasa yang diperlukan oleh negara dan rakyat.

Ia jelas apabila tawaran PN BEST ini berteraskan 12 tunjang dengan 30 pendekatan menerusi 234 tawaran yang sangat menarik dan meliputi semua aspek dan segmen yang ada.

Secara asasnya PN sangat prihatin dengan isu-isu yang melibatkan kelangsungan hidup dan juga cabaran dari sudut ekonomi pasca COVID-19 serta persediaan negara menghadapi kemelesetan ekonomi dunia termasuk Malaysia sebagaimana jangkaan dan analisis dari pakar ekonomi serta amaran dari Bank Dunia.

Ia terbukti apabila isu ekonomi menjadi tunjang utama dalam Tawaran PN BEST yang dikemukakan. Malah Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan jaminan bahawa mesyuarat pertama kabinet jika PN membentuk kerajaan, isu agenda akan terus dijadikan agenda tanpa bertangguh, bagi memastikan keprihatian ke atas kebajikan rakyat terus diambil langkah sesegera mungkin.

Selain itu, Pemuda PN Selangor sangat berpuas hati dengan tunjang yang melibatkan urus tadbir dan integriti yang menjadi agenda serius dalam Tawaran PN BEST.

Ini kerana, masalah negara selama ini tidak akan selesai selagimana isu yang melibatkan soal integriti dalam tadbir urus tidak diselesaikan dengan tuntas. Ia sangat bertepatan dengan komitmen PN dalam membina kesejahteraan negara menerusi tunjang BERSIH dan STABIL.

MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda
Perikatan Nasional Negeri Selangor – HARAKAHDAILY 8/11/2022

- Advertisement -