Ustazah Nuridah berdepan 5 penjuru di Wangsa Maju

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerusi Parlimen Wangsa Maju menyaksikan pertembungan enam penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

- Advertisement -

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Wangsa Maju Dato’ Zulkurnain Hassan mengesahkan perkara itu pada pengumuman calon yang layak bertanding di Dewan Wangsa Bestari, Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati, di sini hari ini.

Pertembungan enam penjuru itu menyaksikan persaingan antara bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju calon Warisan Wee Choo Keong; calon PKR Zahir Hassan; calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Shafei Abdullah; calon PERIKATAN NASIONAL (PN) Ustazah Nuridah Mohd Salleh; calon Pejuang Norzaila Arifin dan calon Bebas Raveen Suntheralingam.

Menurut Zulkurnain, penyerahan keeenam-enam borang penamaan calon bermula jam 9 pagi.

Zulkurnain berkat,a borang penamaan calon selesai disemak dan beliau berpuas hati serta tiada calon yang ditolak kertas penamaan calon.

Berdasarkan rekod SPR, Wangsa Maju mempunyai pengundi berdaftar seramai 120,292 orang.

Terdahulu, SPR menetapkan 19 November ini sebagai Hari Pengundian PRU-15, selepas Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lalu dengan tarikh pengundian awal pada 15 November. – HARAKAHDAILY 05/11/2022

- Advertisement -