PJ PAS cabar Saddiq, sedia ambil alih kemenangan

- Advertisement -

MUAR:  Calon PERIKATAN NASIONAL (PN) P.146 Muar, Ustaz Abdullah Hussin yang merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor akan memberi cabaran kepada persaingan tiga penjuru pada PRU15 ini.

- Advertisement -

Beliau bakal menentang calon penyandang dari MUDA, Syed Saddiq Abd Rahman yang pada PRU14 dahulu bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) dan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Helmi Abd Latif.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Johor bagi Parlimen Muar, Dato’ Mustaffa Kamal Dato’ Shamsudin mengesahkan pencalonan mereka yang berlangsung di SMK Tengku Mahkota, di sini hari ini.

Antara mengiringi Ustaz Abdullah adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mazri Yahya dan ADUN Maharani, Abd Aziz Talib serta ahli-ahli PAS dan BERSATU serta GERAKAN yang berpadu dalam PN bagi PRU15 ini.

Syed Saddiq memperolehi 22,341 undi menewaskan calon PAS, Abd Aziz Talib (4,354 undi) dan calon Barisan Nasional, Dato’ Seri Razali Ibrahim (15,388 undi) dengan majoriti sebanyak 6,953 undi pada PRU14.

Tanpa penyertaan calon PH di kerusi ini sekali gus mengesahkan telahan banyak pihak bahawa MUDA merupakan proksi pakatan itu yang dilihat sangat mesra dengan DAP khususnya.

PAS dilihat berada di kedudukan sangat berpotensi untuk menang berikutan lonjakan undi diperolehi di atas tiket PN pada PRN Johor sebelum ini dengan memenangi kembali DUN Maharani. – HARAKAHDAILY 5/11/2022


Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!