Proses penamaan di Ketereh berjalan lancar

- Advertisement -

KOTA BHARU: Suasana hari penamaan calon di Parlimen Ketereh berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

- Advertisement -

Parlimen Ketereh menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu calon PERIKATAN NASIONAL yang diwakili Bersatu, Barisan Nasional, Pakatan Harapan (PKR) dan Parti Pejuang Tanah Air (Putra).

Calon PN diwakili Mejar Jeneral (B) Dato’ Khlir Mohd Nor, Marzuani Ardila Ariffin (BN), Rahimi L. Muhamud (PH) dan Haneef Ibrahim (Putra).

Proses penamaan calon berlangsung di Dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. Hadir sama mengiringi calon PN Yang Dipertua PAS Ketereh Sr Dato’ Azami Md Nor dan pimpinan PAS dan Bersatu.

Proses penamaan calon selesai pada jam 10.30 pagi selepas diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Anis Hussein.

Ketika ditemui media merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama berhingga proses penamaan calon berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini.

Kerusi Parlimen Ketereh agak hangat memandangkan penyandangkan kerusi tersebut Tan Sri Annuar Musa tidak dicalon bagi mempertahankan kerusi terbabit.

Tempatnya diganti Marzuani yang juga Ketua Puteri Umno Kelantan. – HARAKAHDAILY 5/11/2022

- Advertisement -