Bekas Lt Kol TUDM calon PN di P.155 Tenggara

- Advertisement -

TENGGARA: Calon PERIKATAN NASIONAL P.155 Tenggara, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar sah berdepan empat penjuru dari tiga pencabar masing-masing mewakili Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan PEJUANG.

- Advertisement -

Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya P.155, Muhamad Fahmi Yahya mengesahkan pencalonan keempat-empat mereka di Pusat Penamaan Calon, Dewan Serbaguna Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, di sini pagi tadi.

Nazari yang tiba bersama perarakan penyokong PN kelihatan mula memasuki Pusat Penamaan Calon pada jam 9.10 pagi tadi bersama pencadang calon, Md Edros Md Ali dan penyokong calon, Nadiatul Irdina Abdullah.

Sebelum masuk, beliau turut bersama dengan kira-kira 200 penyokongnya yang hadir berhimpun berdekatan pusat berkenaan, dimulai dengan munajat dan doa dipimpin oleh pasukan kempen Ulamak PAS Tenggara.

Gerimis tidak menghalang semangat peserta yang dikawalan rapi pihak keselamatan Jabatan Amal Malaysia Johor dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan tiada sebarang insiden provokasi daripada pihak bertanding.

Calon-calon diumumkan pengesahan bertanding adalah Manndzri Nasib (BN), Zuraidah Zainab M.Zain (PH) dan calon M Azhar Palal (PEJUANG) yang menyaksikan semua mereka merupakan muka baru bagi Parlimen ini.

Mohd Nazari yang merupakan pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah Presiden Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (KERABAT) serta pernah bertanding pada PRK Parlimen Port Dickson selepas PRU14 lalu.

Pada PRU14, Parlimen Tenggara telah dimenangi calon BN, Datuk Seri Dr. Adham Baba dengan majoriti 5,933 undi selepas memperolehi 20,142 undi menewaskan calon PAS, Yuhanita Yunan (2,683 undi) dan calon PH, Norjepri Mohamed Jelani (14,209 undi).

Sebelum ini, Negeri Johor telah mengadakan Pilihan Raya Negeri pada Mac yang lalu dan BN mendapat 40 kerusi, PN (3), PH (12) dan Muda (1). – HARAKAHDAILY 5/11/2022

- Advertisement -