PAS Sabah tidak bertanding PRU15

- Advertisement -

KOTA KINABALU: PAS Sabah tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di negeri ini, kata Setiausahanya, Dr Aliakbar Gulasan.

- Advertisement -

Menurutnya, PAS negeri telah mengambil keputusan itu hasil perbincangan dengan kepimpinan utama PAS Pusat dan dipersetujui dalam mesyuarat khas Perhubungan PAS Negerl Sabah pada malam ini.

Sehubungan itu, katanya semua ahli dan penyokong PAS diarahkan membantu serta mengundi semua calon yang mewakili parti-parti GRS-BN Sabah sebagai tanda mendukung prinsip penyatuan nasional yang digagaskan oleh PAS.

“PAS Sabah akan menyelaras jentera bantu secara menyeluruh di peringkat negeri dan kawasan-kawasan,” ujarnya yang juga Adun Dilantik dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini, malam ini. – HARAKAHDAILY 3/11/2022

- Advertisement -