PRU15: Calon PN daripada PAS di WP lafaz bai’ah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Empat bakal calon PERIKATAN NASIONAL (PN) daripada PAS yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Wilayah Persekutuan berikrar lafaz sumpah taat setia atau bai’ah.

- Advertisement -

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya berkata, bai’ah merupakan satu ikatan janji dengan Allah dengan lafaz yang sangat mulia.

Katanya, itulah mahalnya bai’ah apabila meletakkan janji dengan Allah kerana ia suatu perkara yang sangat besar.

“Lafaz bai’ah itu bukan setakat untuk empat orang bakal calon tetapi jentera di setiap kawasan dan seluruh Wilayah Persekutuan,” katanya ketia berucap pada majlis bai’ah yang melibatkan empat calon daripada PAS Wilayah Persekutuan di Dewan Darul Madani, Setapak, di sini malam ini.

Bai’ah diteruskan bagi memastikan semua calon istiqamah dalam perjuangan bersama parti walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan dan ujian.

Lafaz bai’ah telah dilafazkan oleh empat bakal calon disaksikan Kamaruzaman Mohamed, Ustaz Mohd Ali Jamil dan seluruh jentera parti.

Sebelum itu, bakal-bakal calon masuk ke dewan Darul Madani jam 10.17 malam diiringi Timbalan Pesuruhjaya, Kamaruzaman Mohamad dan Ustaz Abdul Rahman, Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah, Ustaz Mohd Ali Jamil dan Setiausaha PAS Wilayah Persekutuan, Abd Hadi Halim.

PAS Wilayah Persekutuan menampilkan empat bakal calon bagi mewakili PERIKATAN NASIONAL pada 19 November ini iaitu Ustaz Azhar Yahya di Parlimen Batu, Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Wangsa Maju, Dr Rosni Adam (Titiwangsa) dan Fauzi Abu Bakar (Lembah Pantai). – HARAKAHDAILY 2/11/2022

- Advertisement -