Bantuan persekolahan untuk semua murid

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH 

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyalurkan bantuan awal persekolahan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapanya melalui Bajet 2023. 

Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata,  bantuan awal persekolahan selama ini meringankan beban ramai ibu bapa berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.

Justeru bermula tahun ini, menurut beliau, kadar bantuan awal persekolahan dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100. 

“Jika sebuah keluarga mempunyai tiga orang anak bersekolah, mereka layak menerima bantuan awal persekolahan sebanyak RM450

“Bantuan ini akan disalurkan pada Januari tahun hadapan dan diharap dapat meringankan beban ibu bapa yang menyara anak-anak bersekolah,” katanya pada Pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Menurut Tengku Zafrul, pendidikan ialah pelaburan terbaik bagi membina masa depan negara yang cerah. 

Mengulas lanjut beliau berkata, Kementerian Pendidikan akan terus menerima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM55.6 bilion berbanding RM52.6 bilion tahun ini.

“Peruntukan disediakan untuk bantuan awal persekolahan adalah sebanyak RM825 juta iaitu jauh melebihi peruntukan tahun ini iaitu sebanyak RM450 juta,” katanya.  – HARAKAHDAILY 7/10/2022

- Advertisement -