Baucer RM100 buat rakyat melancong dalam negara

- Advertisement -

Oleh ZULHAIDI MANSOR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bermatlamat menyokong pelancongan dalam negara, kerajaan bersetuju memberikan sebanyak RM100 berbentuk diskaun, baucar dan rebat bagi penginapan, pakej pelancongan, kraf tangan dan karya seni.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebanyak RM25 juta akan disalurkan sebagai insentif kepada rakyat yang menyokong industri pelancongan tempatan.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Parlimen, di sini,   hari ini.

Tengku Zafrul turut memberitahu, bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan kesihatan, galakan cukai sedia ada untuk eksport perkhidmatan jagaan kesihatan swasta akan dilanjutkan sehingga tahun 2025.

“Dalam menggalakkan lagi sektor pelancongan mengutamakan kraf tangan tempatan, kerajaan mencadangkan potongan cukai khas kepada hotel yang membeli produk kraf tangan tempatan dengan kos pembelian sehingga RM500,000,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/10/2022

- Advertisement -