Ronaldo masih dalam `kepala’ Ten Hag

Pengurus Manchester United, Erik ten Hag (kanan) dan Cristiano Ronaldo
- Advertisement -

Susunan ZIAUDDIN SHARUDDIN

Pengurus baharu Manchester United, Erik ten Hag, menegaskan Cristiano Ronaldo masih berada dalam perancangannya untuk musim ini walaupun menggugurkan pemain antarabangsa Portugal itu daripada kesebelasan utama United dalam kemenangan 2-1 ke atas Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris.

Percaturan Ten Hag Isnin lalu, meletakkan Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Anthony Elanga di barisan serangan menjadi apabila Sancho dan Rashford, menyumbat gol bagi memastikan kemenangan pertama untuk pengurus berasal dari Belanda itu.

- Advertisement -

Ronaldo masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-86, tetapi tidak begitu memberi impak dalam penampilan singkatnya.

Ketika ditanya sama ada pemain berusia 37 tahun itu masih boleh menyesuaikan diri dengan corak permainannya, Ten Hag memberitahu: “Saya rasa dia boleh.”

“Dalam keseluruhan kerjayanya, dia di bawah beberapa pengurus, dia melakukannya dalam beberapa gaya dan sistem,” kata Ten Hag.

“Prestasinya selalu yang terbaik, jadi kenapa dia tidak boleh melakukan? Bagi saya, umurnya bukan satu isu. Jika anda muda, anda sudah cukup bagus. Apabila anda sudah tua dan masih mempamerkan aksi bagus, ini bermakna anda cukup bagus.”

Ronaldo bukan satu-satunya pemain United ketika tewas 4-0 kepada Brentford yang digugurkan. Kapten pasukan, Harry Maguire, Luke Shaw dan Fred, juga bermula di bangku simpanan, dengan Ten Hag berkata, perubahan itu adalah sebahagian daripada perancangannya untuk mengatasi Liverpool.

“Kami mempunyai skuad dan kami juga mempunyai cara, gaya serta perancangan permainan. Anda melihat pendekatan terbaik untuk permainan dan itulah yang kami lakukan hari ini (ketika menewaskan Liverpool),” kata Ten Hag.

“Kami melakukannya setiap perlawanan. Jadi, hari ini kami memilih pemain itu, tetapi boleh jadi Sabtu ini (di Southampton), ia mungkin berbeza.

“Kami memerlukan skuad kerana kami mempunyai banyak perlawanan untuk dilalui. Jadi, jika kami membuat satu pasukan daripada skuad dan kami kekal bersama sebagai skuad, maka kami boleh mencapai banyak perkara. Saya yakin tentang itu.”

Perlawanan berikut United ialah bertandang ke Southampton yang berada di tangga ke-11 pada 27 Ogos.

- Advertisement -