Christian Eriksen setuju sertai Manchester United

Pemain Denmark yang pernah diserang sakit jantung ketika Euro 2020
- Advertisement -

Pemain tengah Denmark, Christian Eriksen, pada dasarnya bersetuju untuk menandatangani kontrak dengan Manchester United secara percuma.

BBC Football melaporkan bahawa kontrak jangka pendek pemain berusia 30 tahun itu di Brentford, berakhir bulan lalu.

- Advertisement -

Eriksen juga dikatakan mungkin kembali ke pasukan Thomas Frank, tetapi tarikan bermain untuk United terbukti terlalu kuat.

Kontrak tiga tahun sedang disediakan untuk Eriksen, yang masih menjalani pemeriksaan perubatan di Old Trafford.

Eriksen mungkin menjadi pemain kedua United dan pengurus baharu, Erik ten Hag, pada jendela perpindahan musim panas, dengan pertahanan Feyenoord, Tyrell Malacia, menjalani pemeriksaan perubatan di Carrington sebelum perpindahannya.

Pemain Denmark itu kembali ke liga utama Inggeris apabila menyertai Brentford pada Januari lalu, selepas dilepaskan oleh kelab Serie A Inter Milan.

Dia terpaksa meninggalkan pasukan Itali selepas memasang ICD (Implantable Cardioverter Defibrillator) berikutan serangan jantung ketika pertandingan Euro 2020. Pemain yang mempunyai ICD tidak dibenarkan bermain dalam Serie A.

Peluang bermain untuk Brentford diberikan oleh bos kelab itu yang juga berasal dari Denmark, Dane Frank, selain keluarganya gembira tinggal di London. Keputusan untuk tidak menandatangani semula kontrak dengan The Bees adalah tidak mudah, tetapi dia memutuskan untuk bersama United.

Bekas kelab Eriksen, Tottenham Hotspur, yang diwakilinya antara 2013 hingga 2020, juga berminat untuk menandatangani semulanya, tetapi kemudian memberi tumpuan kepada sasaran lain. – HARAKAHDAILY 5/7/22

- Advertisement -