Kadar pengangguran di Terengganu bertambah baik

- Advertisement -

KUALA NERUS: Kadar pengangguran di Terengganu pada tahun 2021 bertambah baik iaitu 4.0 berbanding 4.1 peratus tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pencapaian itu merupakan salah satu bidang tumpuan dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Terengganu.

Katanya Terengganu merekodkan pencapaian yang baik beberapa indikator dalam lima bidang tumpuan SDG iaitu bidang kemajuan masyarakat, kemakmuran, keamanan, kerjasama dan penjagaan bumi.

- Advertisement -

Manakala kata beliau bagi kemajuan masyarakat kadar kematian disebabkan kemalangan jalan raya menurun kepada 16.5 pada tahun 2020 berbanding 20.2 pada 2019 bagi setiap 100,000 penduduk.

“Bagi bidang tumpuan kerjasama menunjukkan pencapaian yang baik iaitu peratusan individu yang menggunakan internet meningkat kepada 95.5 peratus (2021) berbanding 84.2 peratus (2020),” katanya selepas seminar SDG bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini semalam.

Turut hadir Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan Terengganu Tengku Seri Bijaya Raja Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.

Dr Mohd Uzir juga berkata, bagi bidang tumpuan keamanan, bilangan CCTV meningkat kepada 172 (2020) berbanding 157 (2019).

“Bagi bidang penjagaan bumi iaitu peratus penduduk yang menggunakan perkhidmatan air minuman yang diuruskan dengan selamat kekal tinggi iaitu 96.0 peratus bagi tahun 2018 dan 2019,” katanya. – UPDI

- Advertisement -