Elemen LGBT: Filem animasi baharu Hollywood diharamkan di Malaysia

Pelakon Chris Evans (kiri) meminjamkan suara untuk Buzz Lightyear yang merupakan watak utama filem animasi, Lightyear (kanan) yang cukup dikenali sebelum ini menerusi siri filem animasi, Toy Story. (FOTO People.com)
- Advertisement -

Susunan ZULHAIDI MANSOR

DUBAI, United Arab Emirates: Filem animasi terbaharu Hollywood, Lightyear diharamkan di 14 buah negara seluruh dunia termasuk Malaysia, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE)  susulan menayangkan adegan ciuman sejenis antara wanita dengan wanita berunsur lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT).

Menurut Washington Post, keputusan salah sebuah daripada 14 negara tersebut, UAE mengharamkan filem animasi itu daripada ditayangkan di pawagam impak daripada tindakan Malaysia yang juga dilaporkan akan mengharamkan filem itu sebelum ini, dan seterusnya meningkatkan kemungkinan besar majoriti negara Islam lain turut sama mengikut langkah tersebut.

- Advertisement -

Mengulas lanjut, laporan itu menjelaskan, UAE, dan negara-negara lain di Timur Tengah  adalah negara di bawah pimpinan Muslim yang mengklasifikasikan LGBT sebagai satu jenayah. 

Tambah laporan itu, Jabatan Negara Amerika Syarikat memberi amaran bahawa undang-undang Islam, atau syariah di UAE boleh mengenakan hukuman mati bagi perlakuan seks sejenis, manakala di Dubai, pesalah LGBT boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun, sementara di Abu Dhabi, hukuman penjara mencecah sehingga 14 tahun.

Sementara itu, Dailymail.co.uk menjelaskan, setakat Isnin (13 Jun), sebanyak sembilan  buah negara telah menghalang rakyat mereka daripada menonton karya spinoff filem siri filem animasi pecah panggung, Toy Story itu, yang bakal ditayangkan di pawagam menjelang hujung minggu ini. 

Lightyear menampilkan salah satu watak penting dalam Toy Story, Buzz Lightyear sebagai watak utamanya yang menggunakan lakonan suara pelakon terkenal menerusi watak Captain America dalam siri filem Avengers, Chris Evans.

Salah satu babak dalam filem animasi terbaharu, Lightyear (FOTO rogertebert.com)

Larangan itu sebahagian besarnya menjejaskan pasaran timur tengah terutamanya di Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Mesir, Kuwait, Oman, Qatar dan ia juga merebak ke negara-negara Islam lain seperti Malaysia dan Indonesia.

“Adegan berkenaan dilaporkan menunjukkan watak utama wanita dalam filem yang menampilkan lakonan suara oleh pelakon Uzo Aduba, mencium ‘pasangan wanita’nya dan ia jelas bertentangan dengan bertentangan dengan budaya dan agama Islam,” kata laporan itu.

Di samping itu Dailymail.co.uk juga melaporkan, filem itu tidak pernah diserahkan kepada penapis di negara Arab Saudi, kerana andaian penerbit bahawa ia sememangnya tidak akan diluluskan tayangannya kerana negara itu secara terang-terangan yang mengharamkan homoseksual.

Dalam pada itu, yahoo! news Singapura dalam laporannya menjelaskan portal berita hiburan, Cinema Online telah menerima pengesahan daripada pejabat The Walt Disney Company di Malaysia Lightyear tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Bagaimanapun, menurut laporan itu, tiada kenyataan rasmi lagi dikeluarkan oleh syarikat tersebut tentang sebab mengapa peminat Malaysia tidak dapat filem animasi yang ditunggu-tunggu ramai itu. -HARAKAHDAILY 14/6/2022

- Advertisement -