Takiyuddin: Peminat tegar Liverpool, suka mengembara

- Advertisement -

BOLA sepak adalah sukan kegemaran Setiausaha Agung PAS, DATUK SERI TAKIYUDDIN HASSAN. Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli adalah peminat tegar pasukan Liverpool. Beliau juga pernah menjadi Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia. Selain itu, beliau juga suka mengembara. Wartawan Harakahdaily, SYAHIRAH SALLEH dan NOR HAZWANI NOH sempat menemubual beliau, baru-baru ini.

- Advertisement -

Harakah: Apakah kelab bola yang Datuk Seri sokong?

Saya memang die hard fan Liverpool. Peminat tegar daripada sekolah lagi. Sampai sekarang saya masih mengikuti, dan saya ada kelab penyokong Liverpool Kelantan.

Jadi, sukan kegemaran Datuk Seri, adalah bola?

Ya, saya pernah menjadi Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, bersama Yang di-Pertuan Agong.

Benarkah Datuk Seri suka mengembara?

Ya, saya suka aktiviti yang adventurous. Naik motor, naik kuda.

Main polo ke Datuk Seri?

Tidak, hanya menunggang kuda.

Kira Datuk Seri ada motor besar?

Ya, ada. – HARAKAHDAILY 3/6/2022

Ikuti wawancara penuh dalam akhbar Harakah akan datang. Beliau juga ditanya apakah pekerjaan sekarang jika bukan ahli politik.

- Advertisement -