DHPP Kelantan kongsi kejayaan PAS tadbir negeri

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Empat pemimpin Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kelantan dilantik menganggotai Jawatankuasa Harian DHPP PAS Pusat.

Timbalan Pengerusi DHPP PAS Pusat, Lim Guan Seng berkata, pelantikan itu membolehkan mereka berkongsi kejayaan PAS di negeri Kelantan sejak 32 tahun lalu kepada golongan bukan Islam di negara ini.

Advertisement

Katanya selain beliau, turut dipilih Setiausaha DHPP Kelantan Hareetaran Raman sebagai Penolong Setiausaha 1, Lau Chin Chua dan Teh Kar Yaw sebagai Ahli Jawatankuasa DHPP Pusat.

“Ketika sambutan hari terbuka PAS Pusat di Ipoh 28 Mei lalu, kami menerima surat pelantikan itu yang diserahkan Pengerusi DHPP PAS Pusat Senator N Balasubramaniam.

Guan Seng yang juga Pengerusi DHPP Kelantan berkata, pelantikan tersebut begitu tempoh 2021 hingga 2023. – HARAKAHDAILY 3/6/2022