T’ganu sudah melangkah jauh gerak agenda ‘food security’

- Advertisement -

EKORAN dari krisis makanan yang sedang melanda dunia sekarang, saya dihubungi oleh ahli-ahli akademik yang mencadangkan supaya Terengganu menubuhkan Task Force Food Security. Saya terima baik cadangan ini dan menghargai keprihatinan mereka kepada Negeri Terengganu.

- Advertisement -

Terengganu sebenarnya sudah melangkah jauh dalam agenda food security negeri dengan Pelancaran Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 pada Ogos 2019. Ianya sebuah agenda jangka pendek dan jangka panjang yang lebih menyeluruh berbanding hanya satu task force. Jawatankuasa Food Security dan Jawatankuasa Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu adalah sebahagian dari Jawatankuasa Task Force yang ada di dalam perlaksanaan Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023.

Ujian pertama kemampanan Pelan Strategik ini telah teruji dan terbukti berkesan ketika berhadapan bencana Pandemik COVID-19. Ianya tak sebesar bencana peperangan atau bencana sekatan ekonomi. Ianya menyedarkan kita bagaimana keamanan negara yang dinikmati menjadikan kita leka dan selesa. Ketahanan kita dalam aspek food security terlalu rapuh. Beberapa bulan dilanda PKP kita sudah goyah. Belum lagi dilanda bencana peperangan dan sekatan ekonomi bertahun-tahun.

Berdasarkan pengalaman nyata hidup 6 tahun di negara perang Iraq, sedikit sebanyak saya boleh membaca situasi yang bakal kita lalui. Masuk Wisma Darul Iman pada Mei 2018, saya dapati pertanian negeri tidak mempunyai sebarang pelan bertindak serta agenda setting yang jelas. Maknanya kita bekerja tanpa halatuju ke mana nak dibawa sektor Pertanian Negeri Terengganu.

Maka kita rangka Pelan Strategik Pertanian Terengganu dalam beberapa siri bengkel yang melibatkan semua pemain industri ini dari menara gading, jabatan-jabatan kerajaan, wakil-wakil industri sehingga petani, penternak dan nelayan turut dilibatkan. Maka lahirlah satu pelan yang saya istilahkan ‘pelan dari kita untuk kita’…

Next saya akan tulis tentang pencapaian kami.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 23/5/2022

- Advertisement -