Kartel parasit kepada usaha jamin bekalan makanan negara

- Advertisement -

KEWUJUDAN mereka dalam sistem pengedaran makanan negara tidak lagi boleh dinafikan. Ini ekoran pendedahan menerusi beberapa kes kenaikan harga barang yang melanda negara. Contohnya, bagi import telur mentah, terdapat 26 pedagang tempatan mengimport makanan ternakan dari Brazil dan Argentina sejak berpuluh tahun lalu, dengan nilai import sekitar RM35 bilion setahun membabitkan urusan perdagangan dibuat di Singapura.

- Advertisement -

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada 2018 mendapati wujudnya pihaknya masalah monopoli dan kartel dalam industri pengeluaran telur yang kebanyakan terikat dengan harga dari negara jiran.

Menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), kewujudan mereka puluhan dalam industri rangkaian makanan negara akan menjejaskan lagi keadaan tidak terjamin makanan negara yang sudah puluhan tahun mengancam negara.

Modus operandi kartel ini mudah sahaja. Syarikat yang diberi kebenaran mengimport iaitu AP import akan membawa masuk produk pertanian dan penternakan dari luar negara dengan harga biasa tetapi menjual semula kepada pemborong mahupun peniaga dengan harga berganda. Mereka telah membentuk satu rangkaian monopoli peluang import makanan dan kuasa menetapkan harga makanan.

Implikasinya adalah pasaran makanan di Malaysia amat terdedah kepada ‘al-ihtikar’ iaitu monopoli barang keperluan.

Dalam konteks semasa yang menyaksikan bekalan rantaian makanan global mula terjejas apabila Ukraine sebagai pembekal gandum terbesar dunia terlibat dengan perang yang menjejaskan bekalan dan aktiviti perdagangan makanan. Tambahan pula tindakan India yang berfungsi untuk mengisi sebahagian kelompongan ditinggalkan Ukraine mengenakan arahan larangan eksport gandum akibat pengurangan penghasilan.

Kesannya, negara-negara lain mula memulakan langkah mengawal bekalan makanan negara masing-masing. Apabila berlakunya pengurangan penghasilan makanan dan tinggi permintaan secara teorinya kos makanan akan bertambah. Dan perkara ini lah yang berlaku dalam keadaan sekarang.

Kenaikan harga barang yang tidak terkawal ini boleh mengakibatkan tekanan emosi dalam kalangan masyarakat kerana terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup dan boleh mengundang kegiatan jenayah termasuk ragut, rompakan, keruntuhan rumah tangga dan masalah sosial.

Antara kelemahan utama Malaysia adalah mengimport hampir 60 peratus makanan yang diperlukan menyebabkan negara sangat terdedah kepada kekurangan makanan.

Keadaan tidak terjamin makanan ini adalah akibat kurangnya penekanan terhadap pengeluaran makanan selama beberapa dekad memandangkan Malaysia polisi pembangunan sektor pertanian yang tidak komprehensif dan strategik.

Sewajarnya pihak kerajaan khususnya kementerian berkaitan mula merangka pelan jangka masa panjang bagi mewujudkan SSL (self-sufficiency level) yang mencukupi untuk Malaysia. Usaha oleh Kerajaan Negeri Terengganu menerusi Exco Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu dalam meningkatkan hasil pertanian negeri sewajarnya dicontohi negeri lain dan kerajaan pusat. 

PROFESIONAL ISTIQAMAH – HARAKAHDAILY 23/5/2022

- Advertisement -